Jue Aziz Sedar Keguguran Selepas Dimaklumkan Tukang Urut

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 7:24 AM

Jue Aziz mendedahkan dia mengalami keguguran tiga bulan lalu. Foto ROHAIZAT MD DARUS

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Jue Aziz telah mengalami keguguran pada tiga bulan lalu ketika usia kandungan yang masih baru.

Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abdul Aziz, 33, berkata, dia menyedari keguguran tersebut selepas diberitahu oleh seorang tukang urut yang bertanya tentang kandungannya.

"Saya keguguran tiga bulan lalu dan perkara itu disedari oleh orang yang mengurut saya kerana dia bertanya sama ada saya pernah keguguran atau tidak.

"Saya akui ada berlaku pendarahan dan saya sangkakan ia hanya ketulan darah haid sahaja dan tidak pun ke klinik namun ia adalah keguguran awal kandungannya," ujar Jue kepada mStar Online.


Jue bersama suaminya Bayu Pramana Putra Achmal.

Jue berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk kecantikan Royal Glow, yang diadakan Restoran Talent Lounge, di sini, Rabu.

Pelakon itu berkahwin dengan pemuzik Indonesia Bayu Pramana Putra Achmal pada 9 Mac 2014.

Pasangan ini mengambil seorang anak angkat iaitu Dawrish Naufal yang kini berusia 4 tahun.

Sementara itu, Jue mengakui dia berasa sedih dan tertekan setalah menerima berita tersebut kerana terlalu mengharap untuk mendapat cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangganya.

"Sudah tentu saya rasa sangat sedih bila dapat tahu saya sudah keguguran tapi nak buat macam mana terpaksa reda kerana ia adalah ujian daripada Allah.

"Saya akan terus berusaha untuk itu dan saya harap dapat mengandung sekali lagi dalam masa terdekat. Saya juga elakkan diri daripada rasa tertekan dan terlalu aktif," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Jue Aziz

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan