Perniagaan Tudung Lingkup, Uqasha Senrose Dedah Ditipu Rakan Kongsi

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 6:00 AM

Uqasha mendedahkan perniagaan tudung dibawah jenamanya lingkup akibat ditipu oleh rakan kongsinya. Foto LOW BOONT TAT

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan perniagaan tudung bawah jenama Uqasha Senrose Collection yang dilancarkan pada September tahun lalu lingkup akibat ditipu oleh rakan kongsinya.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 24, berkata, janji keuntungan bakal dikongsi sama rata tidak ditunaikan malah mendapati individu berkenaan hanya menggunakannya untuk menjual tudung berkenaan.

"Perniagaan itu sudah tiada kerana saya ditipu rakan kongsi sendiri dan ia sangat mengecewakan saya kerana janji dibuat hanya tinggal janji.

"Malah saya hanya dipergunakan oleh rakan kongsi untuk kepentingan peribadi membuatkan saya tiada hati lagi untuk meneruskan perniagaan berkenaan," katanya kepada mStar Online.

Uqasha lebih berhati-hati dalam soal perniagaan.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis prebiu media Syukur Selalu Ramadan TV3 dan TV9 2016 di Hotel Le Meridien di sini, Selasa.

Pelakon drama bersiri Tundukkan Playboy Itu turut dipilih sebagai duta Syukur Selalu disamping Fasha Sandha, Amar Asyraf, Fattah Amin, Hafidz Roshdi, Janna Nick dan Raja Afiq.

Dalam pada itu, Uqasha berkata, perbuatan individu berkenaan terdedah apabila dia meminta salinan pendaftaran syarikat sebelum mendapati namanya tiada sebagai rakan kongsi.

Malah kata Uqasha, sepanjang sembilan bulan perniagaan itu berjalan dia hanya menerima RM5,000 sebagai ganjaran selain rakan kongsinya itu berdolak-dalik berhubung hasil penjualan tudung setiap bulan.

"Dia sering memberitahu jualan tidak bagus selain memberi pelbagai alasan apabila saya bertanya tentang perniagaan kami.

"Saya hanya menerima RM5,000 sepanjang sembilan bulan kami bekerjasama dan saya tidak ingin teruskan lagi kerana tahu saya telah ditipu olehnya," jelasnya.

Bagaimanapun Uqasha enggan mendedahkan jumlah pelaburan dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana enggan mengenang lagi kejadian tersebut.

Duta Syukur Selalu dari kiri: Raja Afiq, Fattah Amin, Fasha Sandha, Uqasha Senrose, Amar Asyraf dan Hafidz Roshdi.

Sementara itu, Uqasha berkata, dia bersetuju bekerjasama dengan individu berkenaan selepas berasa yakin dengan pelan perniagaan yang telah disediakan meskipun sebelum ini dia banyak menerima tawaran sebagai duta tudung.

Jelasnya, walaupun ada kontrak di antara mereka namun dia mengakui mempercayai rakan kongsinya itu tanpa meneliti butiran dalam perjanjian sebelum memulakan jenama Uqasha Senrose Collection.

"Salah saya juga mudah percaya dan tidak membaca kontrak dengan teliti tetapi nasi telah menjadi bubur dan akan lebih berhati-hati selepas ini," ujarnya.

Malah kata Uqasha, dia bercadang untuk memulakan jenama baharu dan akan mengusahakan sendiri perniagaan tudung tanpa melibatkan pihak lain.

Tags / Kata Kunci: Uqasha Senrose , Syukur Selalu

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan