Penggiat Seni Disaran Sertai Program Khairat Kematian YA1M

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 8:05 PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak (dua, kiri) menerima cenderamata daripada Pengerusi Yayasan Artis 1Malalaysia (YA1M) Datuk Irwan Shah Abdullah (Datuk DJ Dave) pada perasmian Program Khairat YA1M di Serdang dekat ibu negara, Selasa. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyarankan semua penggiat seni supaya mendaftar 

diri sendiri dan keluarga dalam program khairat kematian di bawah kelolaan Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M).

Salleh berkata, program khairat itu penting demi menjamin masa depan peserta dan keluarga kerana ia dapat meringan beban kewangan dan lain-lain urusan sekiranya berlaku kemalangan atau kematian.

"Saya menyeru kepada semua pengerusi, presiden dan juga anggota jawatankuasa persatuan-persatuan penggiat seni supaya menyampaikan maklumat program khairat ini kepada anggota mereka demi menjaga kebajikan artis-artis di bawah naugan mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program khairat kematian YA1M di sini, Selasa.

Turut hadir Pengerusi YA1M Datuk Irwan Shah Abdullah yang lebih dikenali sebagai DJ Dave.

Salleh berkata kebajikan artis di Malaysia akan terus dijaga menerusi program julung kali diadakan itu dan program berkenaan dibuka untuk penyertaan artis bukan Islam yang akan mendapat faedah sama.

"Saya diberitahu di bawah program khairat ini, peserta akan mendapat pakej pengurusan jenazah lengkap bernilai RM1,500, wang khairat RM3,000 diberikan selepas 30 hari serta badal haji percuma.

"Selain itu, sekiranya peserta meninggal dunia akibat kemalangan, keluarga artis yang berdaftar akan diberi RM10,000," kata Salleh.

Bagi artis bukan Islam pula, wang khairat RM1,500 akan diberikan pada hari kematian manakala tambahan RM4,500 lagi selepas 30 hari.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan