Panggilan Video Pengubat Rindu Hisyam Hamid Terhadap Anak-Anak

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 5:45 AM

Hisyam Hamid bersama isteri dan dua anak mereka. Foto Ihsan Instagram @hisyamhamid7

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Hisyam Hamid memberitahu tidak mudah berjauhan dengan dua anaknya yang menetap di Singapura namun dia terpaksa mencekalkan hati demi mencari nafkah di negara ini.

Hisyam, 31, bagaimanapun berkata, dia akan memastikan sentiasa mengetahui perkembangan dan bertanya khabar anak-anaknya menerusi panggilan video setiap hari yang sedikit sebanyak mengubat kerinduan terhadap mereka.

"Sudah dua tahun saya jarang meluangkan masa bersama mereka kerana sibuk dengan pelbagai tawaran lakonan di Malaysia.

"Bagaimanapun saya akan pastikan sebulan sekali atau tiada komitmen lakonan saya akan balik ke Singapura untuk bertemu dan meluangkan masa berkualiti bersama mereka.

"Paling penting apabila berjauhan setiap hari saya akan membuat panggilan video dengan mereka untuk bertanya khabar dan menatap wajah mereka," katanya kepada mStar Online.

Hisyam memastikan membuat panggilan video kepada anak-anaknya setiap hari.
Hasil perkongsian hidup bersama isteri, Rosmawati Hanafi, 35, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 9, dan Hayden berusia 7 tahun.

Hisyam mula dikenali menerusi drama Ariana Rose yang ditayangkan di TV3 pada 2014 dan sejak itu namanya mula mendapat perhatian peminat dan syarikat produksi.

Dalam pada itu, Hisyam berkata, dia belum merancang untuk membawa keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur kerana sedar ia bukan proses yang mudah.

Tambahnya, dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan itu selain tidak mahu menggangu pembelajaran mereka di Singapura.

"Insya-Allah suatu hari nanti saya pasti akan bawa mereka ke Malaysia tetapi dalam masa terdekat ini mungkin belum lagi.

"Ia bukan proses yang mudah dan saya tidak mahu ganggu pelajaran mereka di sana," jelasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai peranannya dalam drama bersiri terbaharu Strawberi & Karipap musim ketiga, Hisyam berkata, ia adalah platforim terbaik untuknya mendekati penonton kanak-kanak.

Malah katanya, tidak sukar dia menzahirkan watak diberikan memandangkan dia sendiri seorang bapa.

"Saya sebelum ini banyak berlakon dalam drama yang berat dan kemunculan menerusi Strawberi & Karipap memberi saya peluang untuk tidak dilihat sebagai seorang pelakon stereotaip.

Barisan pelakon drama bersiri Strawberi & Karipap.

"Tambahan pula menerusi watak sebagai seorang bapa ia dekat dihati saya memandangkan saya sendiri seorang bapa dan sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan terhadap mereka," katanya.

Selain Hisyam, ia turut dibintangi oleh Fouziah Gous, Rykarl Islandar, Mia Sara dan Zizan Nin.

Ia telah pun menemui penonton pada 7 Mei lalu di saluran Astro Ceria dan Maya HD pada setiap hari Sabtu, 11 pagi.

Dalam perkembangan lain, Hisyam berkata, dia bakal muncul dengan drama bersiri berjudul Imam Mudaku bergandingan dengan Syatilla Melvin arahan Osman Ali untuk siaran bulan Ramadan nanti.

Tags / Kata Kunci: Hisyam Hamid , Strawberi & Karipap

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan