Diana Danielle Fokus Nyanyian, Bakal Lancar Single

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 5:35 AM

Diana Danielle memberitahu nyanyian lebih sesuai dengannya memandangkan ia tidak memerlukan komitmen yang panjang seperti mana diperlukan dalam bidang lakonan. Foto LOW BOON TAT

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Diana Danielle akan memberikan tumpuan kepada bidang nyanyian selepas menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Warner Music baru-baru ini.

Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 25, berkata, nyanyian lebih sesuai dengannya buat masa ini memandangkan ia tidak memerlukan komitmen yang panjang seperti mana diperlukan dalam bidang lakonan.

"Jujurnya jadual kerja saya sangat padat dengan pelbagai aktiviti ditambah dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.

"Saya memilih untuk fokus kepada karier nyanyian kerana ia tidak memerlukan saya memberi komitmen yang panjang dan ia sesuai untuk saya buat masa ini," katanya kepada mStar Online.

Diana memberitahu bakal melancarkan single pertama selepas Aidilfitri.
Isteri kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Dalam pada itu, Diana berkata, walaupun ingin menumpukan perhatian kepada karier nyanyian dia tidak merancang untuk meninggalkan dunia lakonan dan akan menerima sebarang tawaran sekiranya ia bersesuaian dengan jadualnya.

Jelas Diana, sebelum membuat sebarang keputusan dia perlu memikirkan dua anak-anaknya kerana tidak mahu berjauhan dengan mereka terlalu lama.

"Lakonan memerlukan fokus selain mengambil masa yang panjang dan itu membuatkan saya ingin beralih kepada nyanyian kerana ia lebih sesuai dengan saya.

"Bagaimanapun saya masih berlakon cuma akan lebih terhad memandangkan keutamaan saya adalah keluarga dan anak-anak," ujarnya.

Sementara itu, Diana berkata, dia dalam proses menyiapkan single pertamanya yang dijangka akan dilancarkan selepas Aidilfitri nanti.

Diana baharu sahaja membuka kafe miliknya bersama tiga lagi rakan kongsi iaitu Born & Bread.

"Minat saya sebenarnya memang dalam bidang nyanyian dan saya nekad untuk melancarkan single kerana ingin merialisasikan impian saya.

"Diterima atau tidak ia soal nombor dua dan paling penting saya telah mencuba memberikan yang terbaik," katanya.

Dalam perkembangan lain, Diana bersama rakan kongsinya baharu sahaja melancarkan kafe iaitu Born & Bread yang mula beroperasi sejak akhir Januari lalu.

Tags / Kata Kunci: Diana Danielle , Born & Bread

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan