Black Jadikan 'Anugerah Terindah' Medium Luah Perasaan

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2016 4:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas melancarkan album keempatnya, penyanyi Black kini muncul dengan single terbaharunya berjudul Anugerah Terindah.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Hanafiah, berkata, lagu ciptaan Omar K ini menampilkan muzik yang lebih matang bersesuaian dengan pengalamannya selama tujuh tahun dalam industri seni suara.

"Lagu ini tidak termasuk dalam lagu-lagu dalam album yang saya lancarkan bulan lalu, ia merupakan single baru ciptaan sepenuhnya Omar K.

"Ia sedikit berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini kerana menampilkan suara yang lebih matang dan penyampaian yang agak santai," ujarnya.

Bercerita tentang lagu berkenaan, Black berkata, ia mengisahkan sudut pandang seorang lelaki yang mencintai seorang wanita, namun memilih untuk menyimpan perasaan tersebut.

Katanya, ia secara tidak langsung boleh menjadikan lagu ini sebegai medium untuk meluahkan perasaan dan isi hati kepada orang tersayang.

"Walaupun ianya sebuah topik yang tipikal, masyarakat kita sememangnya gemar menggunakan lagu sebagai medium untuk memperjelaskan isi hati masing-masing.

"Apa yang saya harapkan agar lagu ini mendapat sambutan masyarakat dan kalau boleh biar ia menjadi viral di media sosial,” ujarnya.

Sementara itu, pengarah terkenal Ghaz Abu Bakar bertanggungjawab menghasilkan video muzik untuk lagu berkenaan yang menjalani penggambaran di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia, Lumut, Perak.

Penerbitan single terbaru Black ini merupakan projek usahasama di antara Monkey Bone Records dan Seventeen Eleven Music.

Tags / Kata Kunci: Black

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan