Tiada Halangan She (Pandora) Perjuangkan Muzik Dengan Imej Islamik - Berita Hiburan | mStar

Tiada Halangan She (Pandora) Perjuangkan Muzik Dengan Imej Islamik

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2016 5:30 AM

Kumpulan baharu Pandora tampil dengan vokalis wanita iaitu She. Foto LOW BOON TAT

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan baharau iaitu Pandora, Nurashida Azli atau She tidak melihat penampilannya yang bertudung sebagai halangan untuk dia memperjuangkan muzik rock.

She, 29, sebaliknya berkata, apa yang lebih penting dia tahu tanggungjawabnya sebagai wanita muslimah dalam menjaga batasan agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.

"Saya sedar ada sesetengah pihak akan berasa pelik seorang wanita bertudung menyanyikan lagu rock dalam sebuah kumpulan yang kesemuanya lelaki.

"Tetapi saya tidak melihat ia sebagai halangan asalkan saya tahu batasan saya dan inilah keunikan band kami," katanya kepada mStar Online.

She berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu mereka berjudul Cerita Kita di sini, Rabu.

Selain She, Pandora turut dianggotai oleh Haniff Khan Mohammed @ Mohd Khan atau Anep, Wan Mohd Afizi Manttap (Fizi), Haris Samsudin (Haris), Mohd Nazri Sani (Nine) dan Azlan Ahmad (Azlan).

Dalam pada itu, She berkata, meskipun ada yang berpendapat dia mampu bergerak secara solo namun dia lebih selesa menyanyi bersama band.


Pandora tampil dengan single kedua berjudul Cerita Kita.

Atas dasar itu juga, rakannya dikenali Ijoy Fikri yang pada awalnya ahli Pandora mencari beberapa anggota lain untuk menyertai kumpulan itu.

"Saya memang tidak selesa mengadakan persembahan secara solo dan lebih selesa menyanyi bersama kumpulan dan Alhamdulillah dipertemukan dengan lima rakan baharu yang cukup berbakat untuk menyertai Pandora.

"Walaupun Ijoy tidak lagi bersama kami atas komitmen lain namun kami masih bekerjasama dalam menghasilkan lagu untuk Pandora termasuklah Cerita Kita," katanya.

Sementara itu, She berkata, Cerita Kita adalah single kedua mereka yang disifatkan lebih mesra pendengar walaupun sarat dengan elemen rock.

Katanya, mereka perlu mengikut citarasa pendengar dalam menghasilkan sesebuah karya tetapi masih mengekalkan identiti mereka.

"Kami sebelum ini memperjuangkan irama alternatif rock tetapi untuk single kedua ini kami membuat kajian terlebih dahulu tentang trend lagu terkini dan yang disukai pendengar.

"Saya tulis dan gubah lagu berkenaan bersama Ijoy dan Alhamdulillah ia diterima ramai malah sebuah drama bersiri di Singapura menggunakan lagu berkenaan sebagai lagu tema," katanya.

Tags / Kata Kunci: Pandora , Cerita Kita
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan