Anzalna Bakal Bertudung Jika Benar-Benar Sedia

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2016 5:45 AM

Anzalna bergaya dengan tampil imej bertudung selepas terlibat dalam perniagaan berkenaan. Namun dia akan menutup aurat sepenuhnya apabila sudah bersedia. FOTO: LOW LAY PHON

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Anzalna Nasir semakin terbuka hati untuk bertukar imej apabila berhasrat menutup aurat dan bertudung terutamanya selepas mengeluarkan jenama tudung sendiri Anzel Scaft by Anzalna.

Bagaimanapun, Anzalna, 28, berkata, dia akan berubah ke arah itu secara perlahan-lahan dan selepas benar-benar bersedia.

"Saya memang ada hasrat untuk bertudung dan bila memasuki perniagaan hijab ini perasaan itu semakin kuat.

”Tapi kalau boleh saya tidak mahu terpaksa untuk berubah, saya juga kalau boleh jika sudah pakai tudung tidak mahu buka lagi.

"Insya-Allah masanya akan tiba, namun saya tidak mahu menetapkan sasaran bila untuk berubah," ujarnya kepada mStar Online.

Anzalna berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Anzel Scarf & ATL (Abang Terlajak Laris) di Hotel Royal Chulan, di sini, Khamis.

Sementara itu, Anzalna berkata, dia menceburi bidang perniagaan tudung bagi membuka peluang perniagaan kepada peniga-peniaga lain menjualnya sebagai stokis.

Anzalna melakukan kerjasama dalam perniagaan tudungnya bersama Aliff Syukri.

"Saya jual tudung ini bukan untuk dapat keuntungan semata-mata, sebaliknya ingin memberi peluang kepada orang lain untuk membuat keuntungan bersama menerusi jualan stokis.

"Matlamat kami untuk berkongsi pendapatan dan keuntungan bersama-sama dan menggalakkan peniaga-peniaga baru," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kerjasama dengan ahli perniagaan Datuk Aliff Syukri, Anzalna berkata, ia sebagai guru dan tulang belakang untuk dia berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Bagaimanapun, dia  tidak akan menggunakan aksi-aksi pelik seperti kebiasaan strategi promosi yang dilakukan pengasas produk Dherbs tersebut.

"Datuk Aliff ada minta saya buat perkara-perkara yang pelik seperti yang dia selalu buat tapi saya sudah beritahu pada dia bahawa saya mahu jadi diri sendiri.

"Dia faham dan tahu saya bukan begitu dan tidak pandai untuk buat apa yang dialakukan," ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang cahaya mata, Anzalna berkata, setakat ini mereka masih belum diberi rezeki tersebut.

Namun, kata Anzalna, jauh di sudut hatinya berharap dikurniakan seorang cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang baharu dibina selama tiga bulan ini.

"Setakat ini belum lagi, kalau boleh memang kami ingin anak cepat-cepat kerana kami berdua suka kanak-kanak.

"Saya harap peminat terus doakan supaya dikurniakan cahaya mata segera," ujarnya.

Anzalna berkahwin dengan ahli perniagaan Hanif Muhamad Zaki, 28, pada 21 Februari lalu.

Tags / Kata Kunci: Anzalna

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan