RTM Dominasi Anugerah Seri Angkasa 2016 Pada Malam Pembukaan

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2016 11:51 PM

Pelakon Pembantu TV Terbaik dimenangi oleh Raja Ilya menerusi drama Lorong Kecil Ke Syurga.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anugerah Seri Angkasa (ASA 2016) menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendominasi kemenangan pada malam pertama apabila meraih 11 anugerah daripada 31 anugerah yang dipertandingkan, Jumaat.

Dalam acara yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri, RTM meraih enam anugerah menerusi kategori TV dan lima anugerah bagi kategori radio.

Antara kategori yang dimenangi oleh RTM antaranya Dokumentari Radio Terbaik, Pengulas TV Terbaik, Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik dan Animasi Penerbitan Tempatan TV Terbaik.

Manakala stesen televisyen Astro pula merangkul  anugerah antaranya Liputan Berita TV Terbaik, Suntingan Rancangan TV Terbaik, Rancangan Agama Terbaik dan Bicarawara TV Terbaik.

Tidak ketinggalan juga Bernama Radio 24 memenangi tiga anugerah, ONE FM (1), IM4U (1) dan Suria FM (1).

Sementara itu, penerima Anugerah Khas Juri ASA 2015 kali ini diberikan kepada wartawan Azlinda Md Salim daripada Astro Awani untuk liputan berita Syawal Tanpa Mu.

Laporan Khas Berita TV Terbaik dimenangi oleh Awaludin Abdul Ghani.

Acara gilang-gemilang pada malam Jumaat, telah dihoskan oleh Terence Dass dan Adibah Noor.

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Sufi AF, Ippo Hafiz, Mawi, Waris, De Fam dan Syamsul Yusof.

Antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan iaitu Datuk Jailani Johari.

Sementara itu, ASA 2016 yang berlangsung untuk hari kedua, Sabtu, bakal menyaksikan sebanyak 28 anugerah disampaikan iaitu 18 menerusi kategori TV dan sembilan bagi kategori radio.

Antara anugerah yang pastinya menjadi tumpuan ramai seperti DJ Radio Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Drama Lelaki dan Wanita Terbaik serta Drama TV Terbaik.

Tidak ketinggalan acara kemuncak pada malam Sabtu juga akan disiarkan secara langsung menerusi tiga saluran iaitu TV1, Astro Ria dan Tonton bermula pada pukul 9 malam.

Senarai pemenang Anugerah Seri Angkasa 2016 malam pembukaan (Jumaat).

Kategori Radio:

1. PROMO RADIO TERBAIK : ONEfm JIANG JIANG JIANG JIANG (ONE FM)

2. PENGIMBANG MUZIK RADIO TERBAIK:  YOGESWARAN A/L RAMALINGAM (TRAXX FM)

3. RANCANGAN INTERAKTIF RADIO TERBAIK: ADAM TAHIR (NEGERI FM)

4. RANCANGAN AGAMA RADIO TERBAIK:   HALIM HAFIDZ (IM4U)

5.  DOKUMENTARI RADIO TERBAIK: NURUL ASIAN BIDIN (NASIONAL FM)

6. BICARAWARA RADIO TERBAIK: ADIBAH NOOR & BAKI ZAINAL (SURIA FM)

7. MAJALAH RADIO TERBAIK: EMILINA HAJI MOHD ZAMRI (SARAWAK FM)

8. BULETIN BERITA RADIO TERBAIK: ENDOK BALEANA BACHOK (BERNAMA RADIO 24)

9. PENGULAS RADIO TERBAIK: YASSER MD YUSOFF (MUTIARA FM)

10. LIPUTAN BERITA RADIO TERBAIK: AHMAD FAWZAN AZMIE (BERNAMA RADIO 24)

11. PENYAMPAI BERITA RADIO TERBAIK: NURUL SHUHADAH ARMAWAN (BERNAMA RADIO 24)Kategori Televisyen:

12. PROMO TV TERBAIK: GHANDIMATHI S. SUPPIAH (ASTRO VINMEEN)

13. TATARIAS TV TERBAIK: JAMALUDIN NUJIS/AMRAN MAHAT (TV1)

14. MONTAJ TV TERBAIK: MAXIMILLIAN TAN (ASTRO WAH LAI TOI)

15. REKAAN SET TV TERBAIK: RAFIDAH OTHMAN (ASTRO RIA)

16. JURUKAMERA TV TERBAIK: EMAN AZRIN AZHAR/ DANIEK CHAN SWEE TUCK (8TV)

17. MULTIPLE CAMERA PRODUCTION TV TERBAIK: MAESTRO DATO' JOHARI SALLEH (TV2)

18. SUNTINGAN RANCANGAN TV TERBAIK: HAIKAL FADZIL (ASTRO OASIS)

19. AUDIO RANCANGAN TV TERBAIK: SAM FADIL ABDULLAH (ASTRO RIA)

20. PENERBITAN SUKAN TV TERBAIK: MUHAMAD IBRAHIM (TV3)

21. RANCANGAN AGAMA TV TERBAIK: BASIRUN OTHMAN (ASTRO OASIS)

22. DOKUMENTARI TV TERBAIK: KHUZAIMAH YUNOS (ALHIJRAH)

23. PENGULAS TV TERBAIK: SHAHRIL SARAPUDIN (TV1)

24. BICARAWARA TV TERBAIK: ABID HOSSEN (ASTRO WARNA)

25. RANCANGAN KANAK-KANAK TV TERBAIK: SARENA MOHD SALLEH (TV2)

26. ANIMASI PENERBITAN TEMPATAN TV TERBAIK: S GANA (TV2)

27. CANDAWARA (GAME SHOW) TV TERBAIK: EEAN KHOO (NTV7)

28. PELAKON PEMBANTU LELAKI DRAMA TV TERBAIK: QODI RASYEED (TV9)

29. PELAKON PEMBANTU WANITA DRAMA TV TERBAIK: RAJA ILYA (TV9)

30. LIPUTAN BERITA TV TERBAIK: LIM KIAN YAP (ASTRO AEC)

31. LAPORAN KHAS BERITA TV TERBAIK: AWALUDIN ABDUL GHANI (TV1)

ANUGERAH KHAS JURI : AZLINDA MD SALIM  (Syawal Tanpa Mu/ ASTRO AWANI)
Tags / Kata Kunci: Anugerah Sri Angkasa

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan