Sufi Mengaku Berselisih Pendapat Dengan Rakan Kongsi Restoran

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 1:22 PM

Sufi tidak akan keluarkan Edaman Qanda (kanan) daripada senarai rakan kongsi restorannya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Sufi (AF2015) menjelaskan terdapat perselisihan pendapat antara dia dengan salah seorang rakan kongsi restoran De'Tulang Merah iaitu Edaman sehingga mereka dikatakan bergaduh.

Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid, 26, berkata, perselisihan faham itu tercetus berkaitan wang untuk memperbaiki dapur restoran mereka yang terbakar pada Mac lalu.

"Biasalah dalam bisnes mesti ada perselisihan pendapat tapi kami tidaklah sampai bergaduh. Ia berkaitan tentang wang untuk perbaiki dapur restoran yang musnah kerana terbakar itu.

"Saya pun faham, bila sesuatu melibatkan wang ini agak sensitif sedikit, masing-masing ada pendapat," ujarnya kepada mStar Online.

Sufi akui Edaman kurang beri komitmen.

Sufi berkata demikian ketika diminta penjelasan tentang dakwaan bergaduh dengan salah seorang rakan kongsi restorannya iaitu ahli kumpulan Qanda, Edaman.

Restoran De' Tulang Merah terletak di Jalan Kuchai Lama Kuala Lumpur mula beroperasi sejak Februari lalu.

Dalam pada itu, Sufi berkata, dia juga terkilan dengan komitmen yang diberikan oleh rakan kongsinya itu terhadap restoran terbabit.

Bagaimanapun, dia tidak mahu mengambil keputusan terburu-buru untuk mengeluarkan nama penyanyi tersebut daripada menjadi rakan kongsi perniagaan itu.

"Saya faham dia sibuk dengan kumpulan dia dan bakal keluar dengan lagu baru dan tidak boleh beri komitmen kepada restoran tersebut.

"Namun, saya tidaklah sampai mahu keluarkan dia daripada rakan kongsi kami, setakat ini restoran itu dimiliki oleh empat rakan kongsi termasuk saya. Dia mungkin akan jadi ahli lelap sahaja selepas ini," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Sufi AF2015 , Edaman Qanda

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan