Yatt Hamzah Positif, Kehidupan Dikritik Masyarakat

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 5:00 AM

Yatt enggan ambil kisah kritikan masyarakat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah memberitahu dia tidak pernah melayan kritikan segelintir masyarakat yang sentiasa tidak berpuas hati dengan cara kehidupan Islam yang diamalkannya.

Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 36, berkata, mereka yang sentiasa beranggapan negatif itu sebenarnya tidak mengenalinya secara dekat dan menilai menerusi luaran semata-mata.

"Saya malas untuk berbalah dengan mereka yang sentiasa kritik kehidupan saya, sejak dulu lagi saya sering dikritik jadi ia bukan suatu yang baharu.

"Bagi saya mereka yang berbuat demikian tidak kenal saya secara rapat dan kalau mereka kenal siapa saya tentu mereka tidak berkata begitu. Biarlah itu hak mereka untuk bercakap," ujarnya kepada mStar Online.

Yatt berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kritikan masyarakat terhadap kehidupannya kini yang mengamalkan gaya hidup mengikut ajaran Islam.

Sementara itu, tambah Yatt, apa sahaja yang dikongsi di laman sosial adalah tentang kehidupan peribadi yang dilalui seharian dan berniat untuk memberi inspirasi kepada orang lain yang ingin berubah menjadi lebih baik.

Yatt kini bahagia dengan kehidupan rumah tangga bersama Mohammad Zulfadhli

Bagaimanapun, dia sudah lali dengan kritikan masyarakat dan menganggap ia sebagai lumrah sebagai seorang artis.

"Saya sedar sebagai artis itulah yang saya kena hadapi, masyarakat sering menganggap artis yang sudah berubah sebagai ustazah dan tidak boleh buat salah langsung.

"Apa yang saya kongsi di laman sosial ialah kehidupan seharian saya dan saya tidak berpura-pura. Kalau tidak percaya boleh tanya kawan-kawan rapat dan keluarga saya.

"Saya ini seorang yang suka berkongsi benda yang baik untuk pengikut dan perkara yang saya kongsi itu adalah untuk diri saya sendiri juga," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang penerimaan suaminya tentang perkara tersebut, Yatt yang baharu mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, berkata, suaminya lebih tenang berhadapan situasi itu.

Katanya, dia juga sudah memberitahu kepada suaminya itu terlebih dahulu agar tidak terkejut apabila dikeji oleh masyarakat apabila menjadi suami kepada seorang artis.

"Saya sudah beritahu awal-awal agar jangan terkejut sedia untuk dikeji atau dihina oleh masyarakat lepas berkahwin dengan saya. Saya lihat dia lebih tenang daripada saya," ujarnya.

Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009, namun bercerai pada 25 Ogos 2015, hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan anak perempuan Suci Hanania Malika yang kini berusia 6 tahun.

Tags / Kata Kunci: Yatt Hamzah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan