Lunak Suara Zamani Pukau 6 Ribu Penonton Di Konsert Kurnia Slam

Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 1:49 PM

Zamani menyampaikan lagu-lagu popular kumpulan Slam. Foto RAJA FAISAL HISHAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir dua dekad mewarnai industri muzik tempatan, kumpulan Slam membuktikan bahawa mereka masih relevan dalam industri hiburan diatas sambutan terhadap penganjuran Konsert Kurnia Slam yang berlangsung di StarXpo Centre, Kenanga Mall (KWC) di sini, pada Sabtu.

Dianggar lebih enam ribu penonton tidak berganjak terpukau dengan kelunakan suara vokalisnya Zamani sambil turut sama-sama menyanyikan rangkaian 22 buah lagu popular Slam selama hampir dua jam konsert berlangsung.

Konsert yang dibawakan oleh Urban Creative Synergy (UCS) Sdn Bhd ini dibahagikan kepada empat segment termasuk sebuah segment Unplugged.

Kemunculan Slam ditunggu penonton.

Pentas dibuka dengan lima buah lagu seperti Sinar Menunggu, Biarkannya, Maria Mariana, Tak Mungkin Berpaling dan Entah Mengapa

Segment kedua menampilkan penyanyi Ronnie Hussin meyampaikan lagu Terasing Dalam Sepi dengan gaya penyampaian tersendiri.  

Kata Ronnie, lagu tersebut menjadi lagu wajib dinyanyikannya ketika menyertai pertandingan karaoke sebelum bergelar artis. 

Masih dalam segment yang sama, Zamani turut menyampaikan lima buah lagu seperti Kembali Merindu, Mentari Muncul Lagi, Biarkan Ia Pergi dan Ranting Impian.

Enam ribu penonton menyaksikan konsert Kurnia Slam.

Penutup segment ini, sekali lagi Slam membuat kejutan apabila menjemput komposer Saari Amri menyanyikan lagu Kembali Terjalin secara duet bersama Zamani. 

Lagu Kembali Terjalin merupakan ciptaan Saari Amri sementara liriknya ditulis oleh Allayarham Abdul Jalil Salleh atau lebih dikenali sebagai Mama Juwie.

Segment Unplugged menjadi antara segment yang dinanti-nantikan penonton. Menerusi segment ini Zamani mempersembahkan empat buah lagu antaranya Buat Seorang Kekasih, Sendiri, Kasih dan Syair Si Pari-Pari

Ronnie sebagai penyanyi undangan pada malam tersebut.

Menerusi segment ini juga penyanyi Hazama tampil membawakan lagu Kita Terpaksa Bermusuhan dengan begitu baik sekali.

Menerusi segment terakhir kumpulan ini membawakan enam buah lagu iaitu Nur Kasih, Manisnya Rindu, Tiada Aku Jemu, Jika Kau Rasa Getarnya, Kurnia dan Gerimis Mengundang yang sudah pasti terkesan di hati peminat-peminat setianya.

Konsert Kurnia Slam turut dihadiri beberapa artis popular sebagai tanda sokongan mereka kepada kumpulan itu antaranya Zizan Razak, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Saida, Lan Kristal, Hisyam Hamid, Tunku Hanis dan Black.
Tags / Kata Kunci: Slam

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan