Al!f Hasil Lagu 'Mama' Kenang Arwah Ibu

Diterbitkan: Ahad, 15 Mei 2016 5:30 AM

Al!f dan ibunya, Maria Salim yang meninggal dunia pada 16 Februari lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Sleeq iaitu Alif memberitahu single terbaharunya berjudul Mama dihasilkan khas bagi mengenang arwah ibunya, Maria Salim yang meninggal dunia pada 16 Februari lalu.

Alif atau kini mahu dikenali sebagai Al!f berkata, lagu berkenaan mempunyai maksud mendalam kepadanya yang mengisahkan tentang hubungan seorang anak dan ibu kandunganya.

"Saya pada awalnya tidak merancang untuk melancarkan Mama sebagai single tetapi lagu ini saya cipta khas untuk arwah ibu saya.

"Menerusi lagu ini banyak nilai sentimental yang saya masukkan terutama dari segi susunan lagu dan lirik yang mempunyai maksud cukup mendalam.

"Ia adalah dedikasi saya terhadap ibu kerana hubungan kami sangat erat," katanya.

Dalam pada itu, Al!f berkata, dia ingin berkongsi lagu berkenaan dengan peminatnya kerana sedar ada di antara yang pernah merasai kehilangan insan paling penting dalam hidup.

"Saya harap lagu ini boleh memberi semangat dan kekuatan kepada mereka yang mendengar terutama sekali kepada mereka yang telah kehilangan bonda tercinta," katanya.

Sementara itu, muzik video Mama turut memperlihatkan Al!f memasukkan beberapa koleksi gambar peribadi bersama ibunya sebagai kenangan bersama wanita itu.

Tags / Kata Kunci: Al!f , Mama

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan