Anak Keutamaan Fouziah Gous

Diterbitkan: Sabtu, 14 Mei 2016 6:10 AM

Fouziah Gous tidak pernah berenggang dengan anaknya, Muhammad Zeeshan yang kini berusia lima bulan. Foto LOW BOON TAT

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejak bergelar ibu, pelakon Fouziah Gous memberitahu tidak pernah berenggang dengan anaknya iaitu Muhammad Zeeshan yang kini berusia lima bulan.

Fouziah, 34, berkata, selain faktor anaknya itu menyusu badan dia lebih selesa menjaga anaknya itu seperti mana ibu lain meskipun terpaksa dibawa ke lokasi penggambaran.

"Saya ada pembantu rumah dan pembantu peribadi tetapi tugas menjaga anak semuanya saya lakukan sendiri.

"Bukan tidak percaya pada orang lain untuk menjaganya tetapi saya selesa buat sendiri malah ia dapat merapatkan hubungan ibu dengan anak.

Fouziah kembali berlakon selepas dua tahun berehat.

"Alhamdulillah setakat ini tiada masalah jika saya bawanya ke tempat kerja kerana Zeeshan tidak banyak meragam dan hanya sesekali menangis jika lapar," katanya kepada mStar Online.

Fouziah ditemui pada sidang media drama bersiri Strawberi & Karipap musim ketiga di Bangsar Village di sini, Jumaat.

Selain Fouziah, ia turut dibintangi oleh Hisyam Hamid, Rykarl Islandar, Mia Sara dan Zizan Nin.

Ia telah pun menemui penonton pada 7 Mei lalu di saluran Astro Ceria dan Maya HD pada setiap hari Sabtu, 11 pagi.

Fouziah bergandingan dengan Hisyam Hamid dalam Strawberi & Karipap musim ketiga.

Dalam pada itu, Fouziah berkata, selepas dua tahun berehat daripada dunia lakonan dia tertarik bersetuju berlakon dalam Strawberi & Karipap kerana menyukai konsep cerita berkenaan selain jadual penggambaran yang fleksibel.

Kata Fouziah, walaupun penggambaran dilakukan di Hong Kong namun dia masih mempunyai banyak waktu senggang untuk menguruskan anaknya yang turut dibawa bersama.

"Saya pada awalnya memang banyak soalan kepada pihak produksi sebelum bersetuju kerana saya mengutamakan anak.

"Bukan apa lebih baik saya dapatkan kepastian terlebih dahulu daripada timbulnya masalah atau isu dikemudian hari.

Barisan pelakon Strawberi & Karipap.

"Alhamdulillah jadual diberikan produksi sangat fleksibel dan paling penting anak berada disisi saya," ujarnya.

Tambah Fouziah, dia sedia untuk kembali aktif dalam bidang lakonan tetapi hanya menerima watak bersesuaian dengan statusnya sebagai ibu selain meletakkan keluarga sebagai keutamaan.

"Memang saya 'demand' tetapi bukan meminta yang bukan-bukan sebaliknya hanya ingin memastikan masa bekerja tidak terlalu panjang sehingga terpaksa mengabaikan anak," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Fouziah Gous

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan