'Hey Orang Kita' Angkat Kisah Masyarakat

Diterbitkan: Khamis, 12 Mei 2016 5:30 AM

Filem televisyen berjudul Hey Orang Kita menampilkan bakat-bakat baharu iaitu (dari kiri) Raja Syahiran, Christian B Palencia, Zara Kahan (pengarah), Talitha Tan dan Takahara Suiko dalam sebuah kisah mengangkat permasalahan dalam masyarakat. Foto RICKY LAI

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Filem televisyen (FTV) terbaharu terbitan Red Communication dan Astro berjudul Hey Orang Kita bakal mengangkat realiti masalah sosial di kalangan masyarakat Malaysia yang digarap dalam bentuk drama dan muzikal.

Pengarahnya, Zara Kahan berkata, dia mengambil pendekatan itu bagi menampilkan kelainan namun masih bersesuaian dengan tunjang tema FTV yang ingin mengetengahkan masalah dalam masyarat.

"Saya memilih untuk angkat isu sosial dalam masyarakat terutamanya dikalangan generasi muda kerana ia jarang menjadi subjek utama selain ia tidak dicungkil secara mendalam.

"Menerusi Hey Orang Kita adalah realiti yang berlaku dalam masyarakat dalam usaha keluar daripada kancah masalah kehidupan.

"Saya mengetengahkan genre muzikal keraba ingin memberi rasa kepada FTV ini bersesuaian dengan situasi agar impaknya lebih mendalam kepada penonton," katanya.

Zara berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Hey Orang Kita di Publika di sini, Rabu.

Barisan pelakon Hey Orang Kita; (dari kiri) Takahara Suiko, Talitha Tan, Christian B Palencia dan Raja Syahiran.

Ia menampilkan empat pelakon baharu yang juga personaliti media sosial iaitu Raja Syahiran, Talitha Tan, Christian B Palencia dan Takahara Suiko.

Hey Orang Kita akan mula bersiaran secara eksklusif di Astro First Eksklusif (480) bermula 19 Mei ini.

Bayaran hanya RM15.90 termasuk GST dikenakan untuk menonton FTV berkenaan dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.

Dalam pada itu, Zara yang juga penulis skrip Hey Orang Kita berkata, FTV berkenaan adalah projek generasi baharu yang pada asalnya adalah sebuah siri mini sebanyak empat episod yang ditayangkan menerusi FEFFO.TV.

Kata Zara, menerusi projek berkenaan kesemua barisan pelakon termasuk dirinya saling bergantung memandangkan ia adalah projek besar pertama mereka.

Pengarah dan penulis skrip Hey Orang Kita, Zara Kahan.

"Ini adalah FTV pertama arahan saya dan semua pelakon juga tiada pengalaman tetapi mereka semua bagus dan berbakat besar dalam lakonan dan juga nyanyian.

"Saya cukup berbesar hati dapat bekerjasama dengan mereka kerana kami saling bantu-membantu bagi menjayakan FTV ini.

"Peluang diberikan oleh Red Comminication dan Astro adalah kepercayaan besar buat kami semua dan berharap penonton akan menyukai Hey Orang Kita," ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Red Communication, Lina Tan berkata, karya ditampilkan Zara cukup segar dan mempunyai kelainan yang menjadikan pihaknya yakin ia dapat dilaksanakan dengan baik.

Malah katanya, produksi tempatan perlu lebih yakin dalam memberi peluang kepada pengarah dan pelakon indie kerana idea ditampilkan mereka mampu memberi perubahan kepada landskap industri kreatif.

Semua barisan pelakon sempat mengadakan persembahan bersempena tayangan perdana filem televisyen berkenaan.

"Saya harus puji Astro kerana mempercayai bakat anak muda ini dan melihat potensi mereka dalam pembangunan industri perfileman.

"Kami di Red Communcation sendiri sentiasa mencari ruang dan membuka peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan dan kesungguhan dalam berkarya," jelasnya.

Hey Orang Kita mengisahkan kehidupan empat anak muda iaitu Hassan, Lilian, Hartini dan Clayton yang berhijrah ke Kuala Lumpur dalam usaha keluar dari kancah masalah kehidupan masing-masing.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan