Rajinikanth Terkejut Rosyam Sanggup Jadi Pelakon Sampingan

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 6:00 AM

Rosyam Nor bakal muncul dalam filem Kabali disamping perlakon terkenal India, Rajinikanth berjudul Kabali.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor terkejut apabila pelakon terkenal India, Rajinikanth mempersoalkan keputusannya untuk bersetuju berlakon disampingnya dalam filem Kabali sebagai watak sampingan.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 49, memberitahu, Rajinikanth berkata demikian selepas mengetahui Rosyam seorang pelakon berpengalaman dan pernah membintangi pelbagai filem dan drama selain banyak memegang peranan utama.

"Saya pada awalnya terkejut juga dia datang berbual dengan saya dan bertanyakan pelbagai soalan mengenai karier saya di Malaysia.

"Dia juga bertanya kenapa saya bersetuju berlakon dalam filem berkenaan menerusi watak sampingan walaupun saya sudah mempunyai pengalaman besar dalam bidang lakonan.

"Saya beritahu dapat bersama dia adalah satu kejayaan besar dalam karier saya dan ia pengalaman yang mungkin tidak akan ada lagi selepas ini," katanya kepada mStar Online.

Selain Rosyam, dua lagi pelakon lelaki yang turut terlibat dalam filem Kabali adalah Norman Hakim dan Zack Taipan.

Kabali yang menjalani penggambaran di Malaysia dijangka bakal menemui penonton di pawagam pada Julai depan.

Rajinikanth dikerumi peminat ketika penggambaran diadakan di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Rosyam berkata, meskipun hanya muncul sebagai watak sampingan namun banyak ilmu yang ditimba daripada Rajinikanth dan krew produksi filem tersebut.

Kata Rosyam, dia sangat mengagumi aura pelakon itu yang masih digilai ramai meskipun usianya kini sudah pun mencecah 65 tahun.

"Saya tidak banyak dialog tetapi muncul di samping Rajinikanth adalah pengalaman dan profil menarik untuk saya sebagai pelakon.

"Bagaimana dia masih mampu mengekalkan jenama dan terus diminati ramai sehingga penggambaran terpaksa dihentikan kerana terlalu ramai peminat berkerumun untuk bertemu dengannya juga sangat mengagumkan dan ia sesuatu yang jarang dapat kita lihat untuk anak seni seusianya," jelas Rosyam.

Sementara itu, Rosyam berkata, dek kerana impak berita mengenai penglibatannya dalam Kabali dia kini mempunyai lebih ramai peminat dikalangan masyarakat bukan Melayu.

Dia melihat ia sebagai satu perkembangan positif kerana berharap ia dapat menarik minat mereka menonton filem lakonannya pada masa akan datang.

"Saya terkejut pada awalnya apabila banyak peminat bukan Melayu mula mengikuti akaun Twitter dan Instagram saya. Pada saya ia perkembangan baik bukan sahaja untuk karier saya tetapi industri perfileman tempatan," ujarnya.

Sehingga kini, teaser filem berkenaan telah pun ditonton sebanyak 16 juta di YouTube sejak ia dilancarkan pada 30 April lalu.
Tags / Kata Kunci: Rosyam Nor , Rajinikanth , Kabali

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan