Ogy Belum Berhasrat Tinggalkan Dunia Seni

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 1:39 PM

Fauziah Ahmad Daud saran pelakon ambil kelas lakonan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fauziah Ahmad Daud memberitahu dia tidak meletakkan sasaran tertentu untuk bersara dan meninggalkan dunia seni tanah air.

Fauziah atau lebih mesra dipanggil sebagai Ogy berkata, dia pernah terfikir ke arah itu beberapa tahun lalu, namun gagal melaksanakannya kerana minat yang terlalu kuat dalam bidang berkenaan.

"Saya tidak menetapkan bila akan bersara kerana setiap kali datang skrip yang hebat saya akan rasa tercabar untuk melakukannya.

"Dulu ketika pulang daripada umrah saya ada fikir untuk berhenti dan keluar dari industri tapi akhirnya saya kembali semula berlakon.

"Jadi lebih baik saya tidak tetapkan bila saya rasa nak bersara" ujarnya kepada mStar Online.

Fauziah menerima anugerah khas juri iaitu Anugerah Sepanjang Hayat pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad lalu.

Fauziah menerima Anugerah Khas Juri pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) .

Sementara itu, bercakap tentang perkembangan industri hiburan dan kemunculan pelakon-pelakon baharu, dia menyarankan mereka perlu mengambil kelas lakonan untuk terus bertahan dalam industri.

Fauziah berkata, mereka perlu buang ego atau rasa malu untuk mengambil inisiatif meningkatkan kualiti lakonan dari semasa ke semasa.

"Bila saya jadi juri beberapa program saya kecewa melihat adik-adik pelakon yang tidak mendalami ilmu seni lakonan walaupun mereka antara nama terkenal dalam industri tanah air.

"Pada saya untuk bertahan mereka perlu ada inisiatif untuk belajar tanpa disuruh.

"Mereka kena buang rasa malu dan ego untuk ambil kelas lakonan kerana populariti yang mereka kecapi hari ini tidak bertahan jika tidak ada ilmu yang banyak," ujarnya.

Dalam pada itu, Fauziah turut menegur pelakon yang hanya melaksanakan tanggungjawab lakonan mereka mengikut kadar bayaran yang diberikan semata-mata.

Tambahnya, hanya 80 peratus pelakon yang dilihat benar-benar mempunyai jiwa dan sanggup berlakon kerana sesuatu watak berbanding duit yang diperolehi.

"Ramai pelakon sekarang yang bekerja asal boleh sahaja, apa yang mereka buat hanya untuk duit dan itu yang saya kata jangan lacurkan industri seni.

"Saya tidak suka mendengar pelakon-pelakon senior cakap mereka berlakon mengikut kesesuaian bayaran yang diberikan sahaja, ia akan menjadi contoh ikutan pelakon-pelakon baru pula nanti.

"Itulah yang akan terjadi berlakon seperti melepaskan batuk di tangga," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Fauziah Ahmad Daud

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan