Harris Baba Tidak Selesa Dikaitkan Dengan Zayn Malik

Diterbitkan: Rabu, 11 Mei 2016 5:40 AM

Harris Baba mahu dikenali kerana dirinya sendiri. Foto Ihsan WARNER MUSIC MALAYSIA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi baharu, Harris Baba mahu dikenali kerana bakat seninya dan bukan semata-mata kerana wajahnya dikatakan persis bekas anggota kumpulan One Direction iaitu Zayn Malik.

Harris atau nama sebenarnya Khawaja Mohammad Harris Baba, 25, berkata, dia mula berasa tidak selesa apabila sering dikaitkan dengan Zayn kerana ia akan memberi kesan buruk kepada kariernya.

"Persamaan itu mungkin sedikit sahaja namun pada hakikatnya kami adalah dua individu berbeza.

"Saya tidak mula tidak selesa dengan perkara itu kerana orang akan mula ingat saya mahu meniru Zayn dan ia bukan sesuatu yang sihat untuk karier saya yang baharu sahaja ingin bermula," katanya kepada mStar Online.

Harris tampil dengan single Katakan hasil ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong.

Bekas anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik yang dikatakan mempunyai iras wajah dengan Harris. 

Dalam pada itu, Harris yang berdarah kacukan Pakistan, Iran dan Cina ini berkata, buat masa ini dia tidak terlalu memikirkan soal persamaan tersebut kerana fokusnya lebih kepada karier nyanyiannya yang sedang meningkat.

Jelasnya, dia tidak mahu mempersia-siakan peluang diberikan kepadanya kerana sudah lama menanti saat untuk mempunyai lagu sendiri.

"Saya bersyukur kerana masyarakat mula menyedari kehadiran saya dalam industri muzik dan ini bukan masanya untuk saya berfikir tentang perkara lain.

"Peluang diberikan harus saya gunakan sebaik-baiknya kerana menjadi penyanyi memang impian saya sejak dahulu lagi," katanya.

Sementara itu, Harris berkata, dia bertuah kerana mendapat bimbingan daripada Faizal kerana memang meminati lagu-lagu nyanyian penyanyi itu.

Harris mempertaruhkan single Katakan.

Malah kata Harris, dia pernah memasang impian untuk bekerjasama dengan Faizal dan tidak menyangka ia menjadi kenyataan.

"Saya beranikan diri menghubungi Faizal demi merialisasikan impian untuk bekerjasama dengannya dan Alhamdulillah saya tidak menyangka beliau mengambil saya menjadi artis di bawah naungannya.

"Peluang merakamkan lagu ciptaan yang mendapat sentuhan sendiri daripada Faizal adalah satu anjakan besar dalam karier saya sebagai penyanyi.

"Ini peluang saya untuk terus berusaha dengan lebih bersemangat kerana ramai yang mempercayai dengan bakat saya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Harris Baba , Katakan

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan