Akim & The Majistret Beri Penjelasan Isu Bayaran Mahal

Diterbitkan: Isnin, 9 Mei 2016 6:00 AM

Akim & Majistret janji persembahan bertenagan setimpal dengan bayaran diterima.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Akim & The Majistret menjelaskan bayaran yang dikenakan pada setiap persembahan adalah berpatutan dan setimpal dengan hasil kerjaya dan bakat tujuh orang ahli kumpulan tersebut.

Ketua kumpulan itu, Zimi atau nama sebenarnya Zarimi Zahari, 32, berkata, bayaran yang dikenakan itu juga merupakan kos kepada keseluruhan ahli kumpulan itu termasuk yang bekerja sebagai pembantu di belakang tabir.

"Bagi yang pernah melihat kumpulan kami buat persembahan sudah tentu tahu bagaimana hasil persembahan tersebut.

"Kami bukan turun bertujuh, malah selalunya ada 16 orang ahli yang membantu kami untuk memberi persembahan terbaik dan memuaskan hati penonton," ujarnya kepada mStar Online.

Ahli kumpulan Akim & The Majistret

Zimi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan kumpulan Akim & The Majistret antara kumpulan muzik yang menerima bayaran termahal.

Akim & The Majistret turut dianggotai oleh Akim Ahmad, Freddy, Gjie, Faoq, Afiez dan Wan.

Bagaimanapun, Zimi berkata, mereka masih bertolak ansur daripada segi bayaran yang dikenakan mengikut situasi semasa.

"Kami masih bertolak ansur tentang bayaran dengan memberi persembahan yang lebih mantap dan penambahan lagu. Apa yang penting penonton berpuas hati.

"Biasanya jika kami buat persembahan bukan Akim sahaja yang bercakap, malah semua ahli kumpulan perlu bercakap dan hiburkan penonton," ujarnya.

Dalam pada itu, mereka berharap bayaran itu juga menjadi sebagai satu tanda aras kepada kumpulan-kumpulan muzik lain untuk menerima bayaran yang sama dengan persembahan yang diberikan.

"Kami harap ia menjadi satu contoh dan tanda aras kepada kumpulan muzik yang lain juga kerana pihak penganjur perlu faham bahawa kami bergerak secara berkumpulan," ujarnya.

Sementara itu, Zimi berkata, mereka kini dalam perancangan untuk menganjurkan konsert empat penjuru yang menggabungkan kumpulan Hyper Act, Sofaz dan 6ixth Sense.

"Insya-Allah kami dalam perancangan untuk konsert empat penjuru dengan kumpulan-kumpulan asal kami iaitu Hyper Act, Sofaz, dan Sixth Sense. Ia sebuah projek besar daripada kami jadi perlu kertas kerja yang baik untuk tarik penaja.

"Kalau boleh kami mahu adakan konsert tersebut secara percuma sahaja dan tidak mahu bebankan peminat," ujarnya.

Pada 30 April lalu kumpulan ini turut memenangi hadiah utama Personaliti Terunggul dan Grup Pilihan Online, Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016).

Tags / Kata Kunci: Akim & Majistret

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan