Neelofa Bintang Paling Popular ABPBH29

Diterbitkan: Ahad, 8 Mei 2016 11:53 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelakon Neelofa dipilih sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) apabila mengungguli undian tertinggi pada majlis tersebut dengan memperoleh 212,829 undi.

Neelofa turut menerima trofi Pengacara TV Popular pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Neelofa membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Volkswagen Passat tajaan Volkswagen Group Malaysia Sdn Bhd. 

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada aktres Fauziah Ahmad Daud bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni lebih 30 tahun.

Fauziah Ahmad Daud menerima Anugerah Sepanjang Hayat.


Pelawak Ebby Yus, Acong dan Zulin Aziz turut menyampaikan persembahan khas buat Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy menerusi lagu 'Wajah Rahsia Hati' dan sketsa daripada filem Azura.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Kool FM.

Pelakon Sharnaaz Ahmad berjaya meraih dua trofi iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular. 

Sementara, aktres Fathia Latiff memenangi kategori trofi Pelakon Filem Wanita Popular.

Emma Maembong diumum Pelakon TV Wanita Popular.


Bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular ia dimenangi oleh Aizat manakala Penyanyi Wanita Popular pula kekal milik Adira.

Kumpulan legenda Wings dipilih memenangi kategori Artis Duo/Berkumpulan menewaskan Akim & The Majistret.

Dalam pada itu, pelakon Emma Maembong pula membawa pulang trofi Pelakon TV Wanita Popular.


Persembahan Ziana Zain dan Siti Nordiana.


Penyanyi Sufi pula muncul sebagai pemenang kategori Artis Baru Lelaki Popular, manakala aktres Mira Filzah menepati ramalan apabila meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelawak Abam (Bocey) mengekalkan kemenangan tahun lalu dalam kategori Artis Komedi Popular.

Kategori Penyampai Radio Popular dimenangi oleh Dj Lin (Suria FM).

Manakala, kategori baharu iaitu Artis Versatil Popular dimenangi oleh penyanyi Ifa Raziah. 

Majlis gilang gemilang itu diacarakan oleh Zizan Razak, Haiza, Mira Filzah dan AG. 


Persembahan penyanyi Indonesia Isyana Sarasvati.


Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim, Ziana Zain, Siti Nordiana dan penyanyi Indonesia Isyana Sarasvati.  

ABPBH 29 edisi ke-29 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Senarai penuh pemenang ABPBH 29:

1) BINTANG PALING POPULAR: NEELOFA

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: AIZAT AMDAN

3) PENYANYI WANITA POPULAR: ADIRA

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: WINGS

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: SUFI

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: MIRA FILZAH

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: SHARNAAZ AHMAD

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: FATHIA LATIFF

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: SHARNAAZ AHMAD

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: EMMA MAEMBONG

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ABAM

12) PENGACARA TV POPULAR:NEELOFA

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: DJ LIN (SURIA FM)

ANUGERAH KHAS

ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: FAUZIAH AHMAD DAUD

KATEGORI ONLINE

1) ARTIS TRENDING POPULAR: AYDA JEBAT

2) ARTIS YOUTUBE POPULAR: SITI NORDIANA

3) PERSONALITI MEDIA SOSIAL PILIHAN: LARA ALANA

4) ARTIS IKON ONLINE RESPEK: DATUK AZNIL NAWAWI

5) ARTIS SELFIE POPULAR : SAHARUL RIDZWAN

Tags / Kata Kunci: ABPBH29

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan