Jurusolek Beri Penjelasan Hinaan Wajah Scha Seperti Bapuk

Diterbitkan: Jumaat, 6 Mei 2016 6:30 AM

Solekan sebelum dan selepas pada wajah Scha Alyahya yang ditatarias oleh Tiar Zainal bagi rancangan Gempak Superstar pada Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jurusolek artis terkenal iaitu Tiar Zainal memberitahu solekan pada wajah pelakon dan pengacara Scha Alyahya yang dikatakan seperti berwajah 'bapuk' itu merupakan solekan yang belum selesai.

Tiar berkata, selain itu pencahayaan bilik yang terlalu terang membuatkan solekan pada wajah pelakon itu kelihatan tidak bersesuaian.

"Solekan yang dikatakan seperti bapuk itu sebenarnya belum siap lagi dan kalau tengok solekan selepas itu berbeza daripada dalam video yang dimuat naik Scha.

"Lagi pula pencahayaan bilik ketika itu terlalu 'keras' sehingga solekan tidak seimbang," jelasnya kepada mStar Online.

Tiar Zainal terima kritikan untuk perbaiki diri.

Tiar berkata demikian ketika diminta mengulas tentang solekannya pada wajah aktres Scha Alyahya  yang menjadi viral di laman sosial dan disamakan seperti seorang bapuk.

Solekan itu dilakukan sempena rancangan Gempak Superstar yang bersiaran dari Johor Baru pada Ahad lalu menerusi siaran Astro Ria.

Kutukan pengikut media sosial itu menyebabkan suami Scha iaitu Awal Ashaari membela isterinya dengan mengatakan biarlah seseorang itu menjadi bapuk asalkan berhati bersih.

Dalam pada itu tambah Tiar, solekan yang dilakukan terhadap wanita itu juga bersesuaian dengan acara televisyen yang kebiasaan lebih tebal berbanding solekan biasa.

"Solekan ada beberapa jenis dan mengikut kesesuaian acara mereka, jika untuk hadir majlis biasanya kita solek nipis sahaja.

"Bagi solekan untuk sesi fotografi majalah dan muncul di televsyen pula berbeza. Kita akan solek tebal agar lebih kelihatan menonjol di dalam televisyen," ujarnya.

Sementara itu, Tiar berkata, dia tidak terasa hati dengan komen negatif pengikut aktres itu yang tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Dia juga sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sebarang kritikan yang boleh memperbaiki kekurangan diri.

"Saya kenal Scha sudah sembilan tahun dan menjadi antara jurusolek tetapnya, kalau dia tidak suka solekan saya, mengapa dia panggil saya selama ini?

"Perkara ini tidak menjejaskan kredibiliti saya sebagai jurumekap profesional kerana saya juga terbuka dengan kritikan yang membina," ujarnya.

Tiar sudah berkecimpung sebagai jurusolek artis selama 16 tahun dan antara artis yang sering mendapat khidmat solekannya ialah Nora Danish, Rita Rudaini, Fouziah Gous, Hanis Zalikha dan Janna Nick.

Tags / Kata Kunci: Scha Alyahya , Tiar Zainal

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan