Khai Bahar Tidak Terkesan Penyebaran Video Tak Berbaju

Diterbitkan: Khamis, 5 Mei 2016 5:45 AM

Nama Khai Bahar terpalit dengan kontroversi meskipun single pertamanya masih belum dilancarkan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi yang menjadi viral kerana 'duetnya' dengan Siti Nordiana iaitu Khai Bahar tidak terkesan selepas tersebarnya video dia bersama seorang lelaki dengan tidak berbaju yang mengundang pelbagai spekulasi di media sosial baru-baru ini.

Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 22, berkata, meskipun mendapat pelbagai reaksi dan kritikan berhubung video berkenaan namun dia tidak mengambil serius kata-kata negatif dilemparkan kerana dia menyedari tidak membuat sebarang kesalahan.

"Tidak dinafikan video yang tersebar itu memang video saya dan kawan tetapi ia bukanlah seperti apa yang disangka oleh sesetengah pihak.

"Saya tidak kisah dengan apa yang orang hendak kata kerana paling penting saya tahu situasi sebenar dan ia tidak memberi kesan kepada saya," katanya kepada mStar Online.

Tambah Khai, keluarga termasuk ibu-bapanya turut mengenali rakan lelakinya itu dan mereka mengetahui isu yang sedang melanda kini.

"Keluarga tidak terkejut kerana mereka kenal kawan saya itu dan sebenarnya tiada apa-apa isu pun," ujarnya.

Dalam pada itu, Khai menyangkal dakwaan kononnya dia berkelakuan tidak senonoh dengan temannya itu selain menganggap ia tuduhan dengan niat jahat.

Khai Bahar semakin popular. Foto daripada Instagram miliknya.
Bagiamanapun dia telah memaafkan pihak yang telah memfitnahnya dan tidak dapat berbuat apa-apa sekiranya ada yang terus menuduh dia melakukan apa-apa perkara terkutuk.

"Kalau betul saya buat perkara seperti dikatakan, itu dosa saya dengan Allah tetapi saya tidak akan mengaku apa  yang dituduh itu kerana ia sama sekali tidak benar.

"Jujur saya tidak tahu siapa dalang penyebaran gambar berkenaan dan apa agenda disebaliknya tetapi saya tidak tolak kemungkinan ia kerana rasa tidak puas hati dengan pencapaian saya sekarang," ujarnya.

Menjelaskan tentang video berkenaan, Khai berkata, ia diambil sekitar tahun lalu ketika berada di rumah kakak angkatnya dan ketika kejadian rakan-rakan lain turut berada di rumah sama.

Sementara itu, Khai berkata, kontroversi berkenaan tidak menganggu proses rakaman single pertamanya malah isu berkenaan membuatkannya lebih bersemangat untuk berjaya dalam bidang seni.

Malah syarikat rakamannya, NAR Records turut memberi sokongan penuh kepadanya dalam mengharungi episod sukar dikala karier nyanyiannya baharu sahaja bermula.

Nama Khai mula menjadi sebutan apabila nyanyiannya secara maya bersama Siti Nordiana menerusi aplikasi Smule menjadi viral di laman sosial.

Video nyanyian lagu Memori Berkasih tersebut juga mendapat sebanyak lebih 1 juta tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik pada minggu lalu.

Tags / Kata Kunci: Khai Bahar

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan