Siti Nurhaliza Izin Peminat 'Berehat' Undinya Dalam Anugerah

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 2:16 PM

Siti Nurhaliza bersama trofi kemenangannya. Foto Ihsan DATUK SITI NURHALIZA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberi izin agar peminat setianya 'berehat' daripada mencalonkannya dalam mana-mana anugerah kerana beliau sememangnya mempercayai sokongan mereka selama ini tidak berbelah bahagi.

Siti, 37, berkata, kira-kira 20 tahun berkecimpung dalam dunai seni,  beliau menghargai segala usaha dilakukan oleh peminatnya sehingga kadang-kala timbul rasa kasihan dengan kerja keras dilakukan mereka untuk melihat beliau berjaya.

"Saya akui yang saya sebenarnya mahu para peminat saya berehat. Sokongan mereka selama 20 tahun tidak pernah berbelah bahagi dan mereka juga sudah membuktikannya dalam banyak anugerah berupa undian kepada saya.

"Saya menghargai usaha tersebut tetapi saya hanya mahu mereka faham bahawa saya tahu mereka telah melakukannya untuk saya.

Siti terharu dengan sokongan peminatnya.

"Jika mereka tidak mengundi (atau berehat daripada mengundi), saya tidak kisah atau tidak berasa hati kerana sokongan mereka sudah diakui," katanya kepada mStar Online menerusi WhatsApp pada Selasa.

Terdahulu Siti memenangi dua trofi pada Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada malam Sabtu lalu.

Siti diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Penyanyi Wanita Terhebat Pilihan Online dan Ikon Fesyen Pilihan Online.

Trofi kemenangan itu diterima Siti oleh kakaknya yang juga penyanyi Siti Norsaida.

Siti tidak dapat menghadir malam anugerah berkenaan kerana beliau kini dalam tempoh berehat.

Sitizoners yang hadir ke APO 2016 bagi menyokong Siti.

Kemenangan Siti itu adalah hasil undian orang ramai yang menyaksikan anugerah berkenaan memperoleh lebih 700,000 bagi keseluruhan kategori sepanjang tempoh undian berlangsung.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kemenangannya itu, Siti berkata, ia adalah tanda kesetiaan dan kerja keras peminatnya, Sitizoners yang tanpa jemu menyokong karier seninya.

"Saya ingin mengucapkan tahniah buat peminat-peminat saya yang setia selama 20 tahun ini. Mereka adalah kekuatan saya. Tanpa undian mereka, saya tak mungkin mendapat kemenangan tersebut.

"Saya akan meneruskan hal-hal terbaik dalam kerjaya saya demi mereka (peminat)," katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti berkata, selain sedang berehat daripada bidang seni dia kini banyak memberi fokus kepada dua perniagaannya iaitu SimplySiti dan Creacion.

Pengasas Dnars Faziani Rohban dan suaminya, Ahmad Shah Rizal.

Malah kata Siti, dia juga bakal muncul dengan muzik video terbaharunya berjudul Menatap Dalam Mimpi selain lagu raya.

"Saya memang berehat dari kerja-kerja seni buat sementara waktu dan agak fokus kepada perniagaan Creacion dan SimplySiti kerana banyak perkara yang perlu dilaksanakan sebelum Ramadan ini.

"Namun saya masih melakukan kerja sebagai juri tetap untuk Ceria Pop Star, serta membuat video klip lagu Menatap Dalam Mimpi.

"Bakal menyusul adalah lagu raya dan video klip lagu lagu raya terbaru pada bulan Ramadan nanti," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza , APO 2016

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan