Rebut Hadiah Dalam Peraduan 'X-Men: Apocalypse'

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2016 3:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPADA kaki-kaki wayang dan penggemar filem-filem superhero, mStar Online sekali lagi memberi peluang untuk anda mendapatkan tiket bagi menotnon X-Men: Apocalypse secara percuma serta hadiah-hadiah sampingan lain.

Ia sebagai menghargai sumbangan pembaca yang sentiasa menjadikan mStar Online pilihan mendapatkan sumber-sumber berita.

Cara menyertai peraduan ini mudah sahaja. Berpandukan sinopsis yang diberikan, jawab tiga soalan mudah dan satu soalan umum daripada kami.

Jawapan yang lengkap, hendaklah dihantar ke mstar@thestar.com.my

Peraduan ini bermula dari 3 Mei 2016 sehingga 12 Mei 2016.

Nyatakan nama penuh anda, nombor telefon dan alamat e-mel untuk dihubungi sekiranya ada memenangi peraduan ini.

Antara hadiah yang bakal dimenangi pemenang.


HADIAH

Tempat pertama
Hoodie, 1 headphones gaya 80-an dan 1 topi serta sepasang tiket menyaksikan X-Men: Apocalypse

Tempat kedua
1 kemeja T, 1 beg dan 1 buku nota serta sepasangf tiket X-Men: Apocalypse 

Tempat ketiga sehingga  kelima
1 buku nota dan sepasang tiket menyaksikan X-Men: Apocalypse  untuk setiap pemenang.

Hadiah lain
Sebanyak lima tiket untuk dua orang (5X2) akan diberikan kepada lima pemenang pertama manakala 10 pememang lain akan mendapat dua pas (10X2) menyaksikan filem ini.

SINOPSIS
X-Men: Apocalypse  yang akan ditayangkan pada 27 Mei ini merupakan sebuah superhero Amerika Syarikat yang dihasilkan berdasarkan karakter X-Men seperti dalam komik Marvel.

Sutradara filem ini ialah Bryan Singer dan lakon layar pula arahan Simon Kinberg. Ia menampilkan pelakon seperti James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence dan Nicholas Hoult.

X-Men: Apocalypse
 mengisahkan kehidupan mutan yang ingin berkuasa di alam semesta ini.

Apabila terjaga selepas beribu-ribu tahun, dia kecewa dengan dunia kerana dia mendapati pasukan baru tidak direkrut.

Lalu dia merekrut pasukan mutan yang kuat, termasuk Magneto  (Michael Fassbender) untuk membersihkan manusia dan mewujudkan orde baru dunia di mana dia akan menjadi raja.

Seperti nasib bumi tergantung dalam imbangan, Raven (Jennifer Lawrence) dan dengan bantuan Profesor X (James McAvoy) membawa satu pasukan muda X-Men bagi menghentikan musuh terbesar mereka itu bertujuan menyelamatkan manusia daripada kemusnahan penjahat.

SOALAN

1. Siapakah pengarah filem ini?

2. Nyatakan seorang sahaja pelakon X-Men: Apocalypse?

3. Segmen manakah menjadi pilihan anda dalam mStar Online (sebutkan dua sahaja)


a) Sukan  b) Hiburan  c) Berita d) Politik  e) Video

Hantarkan jawapan ke 
mstar@thestar.com.my

Tags / Kata Kunci: X-Men: Apocalypse

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan