APO2016: Cef Fazley Yaakob Dedikasi Kemenangan Untuk Arwah Bapa

Diterbitkan: Ahad, 1 Mei 2016 2:07 PM

Datuk Fazley Yaakob bersama trofi kemenangannya menerusi kategori Selebriti Cef Pilihan Online.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Fazley Yaakob menganggap kemenangannya menerusi kategori Selebriti Cef Pilihan Online, Anugerah Pilihan Online 2016 (APO 2016) sebagai hadiah kepada arwah bapanya Allahyarham Datuk Yaakob Mohammad yang banyak menyokongnya untuk menceburi bidang kulinari.

Fazley, 39, berkata, dia mendedikasikan trofi berkenaan kepada bapanya kerana arwah tidak sempat melihat pencapaian dan kejayaannya dan ia akan menjadi pemangkin semangat untuknya terus maju dalam bidang tersebut.

"Kemenangan ini adalah hadiah untuk arwah bapa saya yang tidak sempat untuk melihat kejayaan saya dalam bidang kulinari.

"Alhamdulillah trofi ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada semua peminat yang mengundi saya," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Yaakob, 67, meninggal dunia pada pukul 2.02 pagi pada 8 Februari lalu di Hospital Pakar KPJ Damansara, di sini akibat komplikasi paru-paru.

Fazley menerima trofi dan hadiah sumbangan Dnars daripada mentornya Cef Papa Joe. 

Fazley berkata demikian ketika ditemui selepas berlangsungnya APO 2016 yang berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini, malam Sabtu.

Dalam pada itu, Fazley berkata, dia berasa rendah diri dengan kemenangan berkenaan kerana turut tercalon bersama Cef berpengalaman seperti Cef Wan dan Cef Adu.

Tambah Fazley, kemenangan tersebut bukan peluang untuknya mendabik dada sebaliknya ia adalah tanggungjawab besar dalam memastikan dia terus belajar dan memberikan terbaik selepas ini.

"Ia tahun baru untuk saya dan langsung tidak menyangka akan menang kerana pencalonan lain lebih senior daripada saya dalam bidang masakan.

"Alhamdulillah rezeki saya tetapi ia turut datang dengan tanggungjawab kerana ini adalah kepercayaan peminat dan saya perlu tingkatkan kemahiran dan ilmu dalam bidang masakan," katanya.

Pemenang bergambar bersama Pengarang Ekskutif mStar Online, Rozaid Abdul Rahman (tiga dari kiri) dan Pengasas produk Dnars, Faziani Rohban dan suami.

Menerusi kemenangan itu juga kata Fazley, dia berharap dapat menjadi contoh kepada golongan muda bukannya sahaja untuk menceburi bidang masakan tetapi mempunyai keyakinan diri dalam melakukan sesuatu perkara," jelasnya.

Anugerah ini dianjurkan buat pertama kalinya oleh Star Media Group Berhad di bawah dua entiti berbahasa Malaysianya iaitu mStar Online dan stesen radio Suria FM membabitkan 18 kategori termasuk satu kategori utama.

APO 2016 turut dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Ia bertemakan 'Glam Digital' yang bertujuan mengiktiraf selebriti dalam pelbagai bidang melalui medium media sosial.

APO2016 yang mendapat kerjasama RTM dan TV2 sebagai rakan penyiar turut disiarkan secara live streaming di YouTube dan laman web apo.mstar.com.my.

Tags / Kata Kunci: APO 2016 , Fazley Yaakob

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan