Sherry Alhadad Akui Pelawak Wanita Perlu Jaga Batas

Diterbitkan: Sabtu, 30 April 2016 5:00 AM

Sherry bersyukur diberi peluang sertai Lawak Ker Der 2016. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara dan pelawak Sherry Alhadad mengakui sebagai pelawak wanita dia perlu menjaga batasan tertentu dalam setiap persembahan yang dilakukan agar diterima penonton.

Sherry, 32, dia sentiasa berwaspada agar tiada sebarang kelakuannya di atas pentas yang terlalu berlebih-lebihan hingga memberi reaksi negatif masyarakat.

"Pelawak wanita lebih banayak batasan dan halangannya berbanding pelawak lelaki kerana masyarakat kita sendiri tidak suka melihat seorang wanita yang terlalu berlebih-lebihan di pentas.

"Saya akui pada awal kemunculan dahulu ada mengalami masalah tentang itu tapi lama kelamaan ia menjadi perkara biasa," ujarnya kepada mStar Online.

Sherry berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan kerjayanya sebagai pelawak yang semakin diterima masyarakat.

Dia bakal mengadakan persembahan dalam persembahan Lawak Ker Der 2016 Live Di Istana Budaya pada 5 hingga 8 Mei depan.

Pementasan kali ke lima ini turut dibarisi pelawak terkenal seperti Harith Iskander, Afdlin Shauki, Douglas Lim, Nabil Ahmad, Kumpulan Bocey, Jihan Muse dan Rayza Mukmin.

Sherry sentiasa berwaspada agar tidak dilihat melebihi batasan ketika membuat lawak.

Dalam pada itu, Sherry berkata, dia mengakui sentiasa mencari idea baharu dalam penyampaikan sesebuah lawak agar tidak jemu didengar.

Dia yang selalu menggelarkan dirinya sebagai Anzalna juga berkata, perlu memperbaharui janaka-jenaka yang lain dan dekat dnegan penonton.

"Saya tahu kalau asyik gelarkan diri seperti Anzalna sahaja orang pun akan bosan, jadi saya perlu cari bahan lain pula. Saya suka sesuatu yang kontra dan dekat dengan penonton," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang Lawak Ker Der 2016, Sherry berkata, ia merupakan peluang keemasan yang diberikan kepadanya untuk memperbaiki diri.

"Saya rasakan peluang ini sangat bagus untuk saya dikelilingi oleh orang-orang yang sudah berpengalaman dalam industri ini.

"Ini masanya untuk saya belajar dan kembangkan bakat yang ada dalam diri saya dengan bantuan mereka," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Sherry Alhadad

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan