Finalis APO2016: Zara Zya Minta Rakan Artis Waspada Penggodam Laman Sosial

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 7:11 AM

Zara Zya nasihat rakan artis tidak mudah terpedaya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya menasihati rakan-rakan artis agar lebih berwaspada dengan tidak membuka sebarang e-mel atau apa sahaja yang dikhuatiri mendedahkan laman sosial mereka digodam oleh orang tidak bertanggungjawab.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 31, berkata, dia sendiri mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak mendedahkan Instagram peribadinya secara umum.

"Saya kasihan kawan-kawan artis yang Instagram mereka digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Saya harap artis-artis tidak terpedaya dengan e-mel atau apa-apa yang meminta kita klik di laman sosial.

"Pada saya lebih baik private sahaja Instagram supaya mereka sukar untuk memperdaya kita," ujarnya kepada mStar Online.

Zara berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai artis yang ramai pengikut di Instagram mengahapi masalah selepas akaun itu digodam pihak tertentu.

Zara anggap menang kalah adat pertandingan.

Zara mempunyai 1 juta pengikut di laman sosial bergambar itu.

Selain itu, menurutnya, laman sosial seperti Instagaram atau facebook merupakan adalah sesuatu media yang penting buat seseorang artis.

Ia juga menjadi salah satu punca pendapatan artis terutama bagi selebriti yang berniaga.

"Laman sosial penting untuk seseorang artis. Tambahan pula di Malaysia ramai artis yang berniaga melalui laman sosial. Kalau pengikut sikit, macam mana nak berniaga," ujarnya.

Sementara itu, Zara yang turut dicalonkan dalam kategori Artis Terbaik Pilihan Online di Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) berkata dia bersedia dengan keputusan yang  bakal diumumkan.

Bagaimanapun, dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk memenangi kategori tersebut.

Pengasas Dnars, Faziani Rohban adalah penaja APO2016.

Zara tersenarai sebagai finalis kategori berkenaan bersama pelakon Janna Nick, Mia Ahmad, Ayda Jebat dan Mira Filzah.

"Saya gembira tercalon sebagai finalis APO2016 bersama kawan-kawan yang lain. Saya berterima kasih kepada peminat saya yang mengundi.

"Saya tidak ada apa-apa strategi pun dalam meraih undi dan tidak letak harapan untuk menang.

"Bagi saya sudah tercalon dalam mana-mana anugerah itu sudah cukup baik dan menang adalah bonus. Manang kalah itu biasalah adat pertandingan," ujarnya.

APO2016 bakal berlangsung di TV2 pada Sabtu ini yang dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja utama.
Tags / Kata Kunci: Zara Zya

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan