Kilafairy Pertaruhkan 'Setia' Ciptaan Ahli Kumpulan Samsons

Diterbitkan: Jumaat, 29 April 2016 7:11 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Kilafairy mempertaruhkan single terbaharunya berjudul Setia yang merupakan ciptaan komposer Indonesia,  Irfan Aulia juga ahli kumpulan terkenal Samsons.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jangir Khan, 24, berkata, lagu genre balada itu bersesuaian dengan vokal dan mengikut trend muzik semasa.

“Lagu Setia ini sangat kena dengan jiwa saya dan pastinya senang didengari oleh peminat muzik tempatan.

"Saya amat teruja dapat berkolaborasi bersama Irfan Aulia yang merupakan salah seorang anggota band Samsons yang cukup terkenal dengan lagu hits ‘Kenangan Terindah’ di Malaysia dan Indonesia.

"Garapan beliau berjaya menghasilkan melodi dan lirik puitis yang sangat indah.” ujarnya.

Kilafairy teruja dapat berkolaborasi bersama Irfan.

Kilafairy memulakan kerjaya sebagai penyanyi dengan single berjudul Pasti dan Resolusi pada 2012, kemudian muncul dengan lagu duet berjudul Roman sebagai lagu tema drama Tihany pada 2013.

Kilafairy turut membina nama dalam bidang lakonan menerusi beberapa drama popular tempatan.

Selain itu, pada Disember lalu, lagu duet Warna Cinta bersama Aliff Aziz telah membawa nama Kilafairy apabila jumlah tontonan video di YouTube mencecah lebih 3 juta penonton sehingga kini.

Sementara itu, Kilafairy berkata, lagu Setia merupakan buah tangan terbaharu buat peminat yang setiasa menyokong kerjaya seninya.

“Lagu ini juga adalah buah tangan terbaharu buat para peminat yang setia menyokong perjalanan seni saya. Saya mahu terus kekal dalam arena muzik tempatan dan kolaborasi rakaman bersama syarikat Sony Music Malaysia yang banyak membantu dalam mencapai impian saya,” katanya.

Setia boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox,  Raku, Spotify dan Yonder Music. 

Tags / Kata Kunci: Kilafairy

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan