Kemuncak APO2016 Bakal Meriah Dengan 20 Lagu Artis Popular

Diterbitkan: Khamis, 28 April 2016 2:16 PM

Ella ketika melakukan latihan di sebuah studio di Petaling Jaya, dengan menyanyikan lagu Layar Impian yang akan dipersembahkan pada Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) pada Sabtu ini. Foto BRIAN MOH.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kehangatan Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) kian terasa apabila beberapa artis terkenal seperti Dayang Nurfaizah, One Nation Emcee, Azlan, Adi Putra dan Amar Baharin mengadakan sesi latihan untuk persembahan malam kemuncak, Sabtu ini.

Pengarah muzik, Faizal Uzir atau Lokyu ketika ditemui berkata, hampir 20 buah lagu bakal dipersembahkan artis  dengan gabungan lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu sehinggalah pada era kini bersesuaian dengan transformasi digital yang diketengahkan.

Kata Lokyu lagi, hampir 20 buah lagu bakal dipersembahkan pada malam itu  termasuk gabungan Adibah Noor, One Nation Emcee dan Hazama menerusi segmen pembukaan.

Mimi (tengah) bersama anggota One Nation Emcee.

"Penonton kena tunggu malam Sabtu nanti lagu apakah yang bakal dipersembahkan namun ia cukup istimewa," katanya kepada mStar Online.

Lokyu memberitahu malam kemuncak APO2016 itu nanti bakal menampilkan tujuh pemuzik yang mengiringi persembahan artis.

APO2016 bakal berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada pukul 9 malam dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 bertemakan Glam Digital.

Ia dianjurkan oleh mStar Online bersama Suria FM serta dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Pengasas Dnars iaitu Faziani Rohban, antara yang teruja menghadiri APO2016.

Dalam pada itu, Dayang ketika ditemui berkata, dia akan mengadakan persembahan tribute untuk Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan yang juga mentornya.

"Persembahan itu cukup bermakna dan istimewa buat saya kerana ia bakal menjadi pengalaman cukup manis dalam karier saya.

"Ia satu penghormatan buat saya kerana ia persembahan tribute untuk seorang insan yang cukup penting dalam karier saya.

"Pada masa yang sama saya gemuruh kerana ia tanggungjawab besar," ujarnya.

Pemuzik sedang yang bakal mengiringi persembahan penyanyi giat mengadakan latihan.

Mimi yang mewakili One Nation Emcee pula berkata, mereka berjanji akan memberikan persembahan bertenaga dan istimewa kepada penonton.

"Kena tunggu keistimewaan persembahan pembukaan dari kami dan beberapa artis lagi.

"Apa yang pasti kami akan menjanjikan kelainan dengan seleksi lagu-lagu terbaik," jelasnya.

Manakala pelakon Adi Putra pula bakal mempersembahkan lagu berjudul Kekal Bahagia nyanyian asal Ippo Hafiz dan Amar Baharin akan mendendangkan lagu Cinta oleh Flop Poppy.

Pengarah muzik APO 2016, Lokyu.

Sementara itu, ratu rock negara, Ella pula memberitahu dia akan menyampaikan dua buah lagu secara medley iaitu Layar Impian dan Gemilang secara eksklusif buat penonton APO2016.

Kata Ella, dia memilih lagu berkenaan kerana ia mempunyai peminat yang tersendiri dan teruja untuk mengadakan persembahan.

"Saya teruja untuk buat penganjuran kerana APO2016 kali pertama diadakan dan saya kira lagu dipilih sesuai untuk meraikan malam itu tambahan ia mempunyai peminat tersendiri," ujarnya.

Azlan pula berkata dalam keghairahan untuk mengadakan persembahan tetapi berasa gemuruh kerana bakal membawakan lagu penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza iaitu Pastikan.

Ella akan menyampaikan dua buah lagu secara medley.

"Ia satu lakaran sejarah buat saya dan ia sangat mendebarkan. Diharap persembahan pada malam itu nanti berjalan lancar," katanya.

Dalam perkembangan sama, penyanyi yang dicungkil bakatnya dari YouTube iaitu Wani dan Tasha Mansahar menganggap ia platform terbaik untuk mengembangkan karier mereka.

Malah mereka teruja kerana dapat mengadakan persembahan dengan diiringi pemuzik secara langsung.

Tambah istimewa, Dayang Nurfaizah dan Hazama sekali lagi akan muncul pada penutup bagi menyampaikan lagu terbaharu mereka terbitan Suria FM buat kali pertama iaitu Bangkit.

Selain persembahan hebat daripada artis-artis baharu dan lama, APO2016 dijangka meriah dengan kehadiran penyampai-penyampai anugerah antaranya Erra Fazira, Hafiz Suip, Fattah Amin, Mia Ahmad, Chef Nik Michael dan ratu gimnas negara, Farah Anne Abdul Hadi.

Tags / Kata Kunci: APO2016 , Lokyu

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan