APO2016: Seratus Peratus Keputusan Peminat, Undian Ditutup Malam Ini

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 8:50 AM

Pengasas Dnars iaitu Faziani Rohban (dari kanan) bersama Pengerusi Star Media Radio Group iaitu Datuk Dr Aminuddin Mohd Rouse dan Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group, Datuk Seri Wong Chun Wai semasa pelancaran APO2016 pada awal Mac lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siapakah yang akan dipilih untuk diumumkan sebagai pemenang Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) bakal ditentukan dalam masa beberapa jam sahaja lagi apabila proses undian ditutup pada pukul 12 malam Rabu (malam ini).

Sehingga malam Selasa, keseluruhan undian yang diterima daripada orang ramai yang dibuat menerusi laman web pengundian iaitu www.apo.mstar.com.my adalah 703,081 dan jumlah itu dijangka meningkat sebelum undian berakhir.

Jika semasa tempoh pencalonan pada Mac lalu menyaksikan Siti Nordiana memukul keseluruhan calon-calon APO2016 yang menggambarkan seolah-olah beliau akan membawa pulang trofi utama iaitu Personaliti Terunggul APO2016, namun kedudukan itu telah berubah pada tempoh pengundian yang bermula sejak April lalu.

Ini kerana kelab-kelab peminat artis lain antaranya kelab peminat Zizan Razak, Datuk Siti Nurhaliza, Ayda Jebat, Janna Nick,  Saharul Ridzwan dan Fattah Amin telah melakukan kempen berterusan untuk memastikan artis mereka mendapat kemenangan.

Namun, agak mengejutkan, personaliti yang tidak aktif  mendapat kempen kelab peminat tersenarai antara mereka yang berada pada kedudukan tinggi.

Pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad (kanan) bersama suami, Ahmad Shah Rizal. 
Ini kerana populariti dimiliki artis itu sendiri selain kehebatan luar biasa yang ditonjolkan dalam bidang seni selama ini.

Bagaimanapun orang ramai masih lagi berpeluang untuk membuat undian sebelum ia ditutup.

Proses pengauditan akan dibuat pada Khamis oleh BDO Governance Advisory.

Menerusi peringkat undian ini, keputusan pemenang akan dikira berdasarkan seratus peratus di tangan pengundi.

Ia berbeza semasa proses pencalonan yang mana orang ramai mewakili 70 peratus markah sementara juri mempunyai 30 peratus kuasa bagi memilih calon-calon finalis.

APO2016 bakal berlangsung pada Sabtu ini  menerusi TV2 yang memperkenalkan 18 kategori melibatkan sembilan kategori hiburan, tiga kategori sukan, lima bagi kategori Gaya Hidup dan satu kategori utama iaitu Personaliti Terunggul APO2016.

Selain disiarkan di TV2, acara ini juga boleh ditoton secara live streaming menerusi http://apo.mstar.com.my/malam-anugerah.aspx pada malam berkenaan bermula pukul 7.30 malam yang akan menampilkan acara di karpet ungu.

APO2016  mendapat tajaan sepenuhnya daripada pengeluar produk kecantikan Dnars Skincare yang diteraju oleh pengasasnya iaitu Faziani Rohban.
Tags / Kata Kunci: APO2016 , Dnars

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan