Sekuel 'Ada Apa Dengan Cinta 2' Tidak Dirancang

Diterbitkan: Rabu, 27 April 2016 1:29 PM

Barisan pelakon Ada Apa Dengan Cinta 2 hadir ke Kuala Lumpur pada Selasa untuk mempromosikan filem yang bakal ditayangkan pada 28 April ini. Foto ROHAIZAT MD DARUS

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2), Riri Riza pada mulanya tidak pernah merancang untuk menghasilkan sekuel filem tersebut biarpun karya berkenaan mendapat sambutan luar biasa pada tahun 2002.

Bagaimanapun kata Riri, selepas filem itu ditayangkan semula di Indonesia sekitar beberapa tahun lalu peminat mula membuat permintaan agar sambungan kisah itu dihasilkan.

"Kami tidak rancang pun untuk keluar sekuel filem ini kerana saya lebih suka jika penonton fikir sendiri apa pengakhiran kisah antara Cinta dan Rangga.

"Namun bila filem ini ditayangkan semula di Indonesia saya menerima banyak maklum balas yang mahu melihat apa sebenarnya terjadi pada hubungan Cinta dan Rangga selepas mereka dewasa.

Kisah cinta antara Rangga dan Cinta dalam AADC 2.

"Sekitar tahun 2014 saya tekad untuk menghasilkan sekual karya berkenaan," katanya.

Riri berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana AADC2 yang diadakan di E@Curve di sini, Selasa.

Bintang utama naskhah berkenaan Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra turut hadir pada majlis itu malah penyanyi lagu tema AADC2, Melly Goeslow turut hadir memeriahkan acara.

AADC2 turut dibintangi oleh Titi Kamal, Adinia Wirasti dan Sissy Priscillia.

Dalam pada itu, Riri berkata, ketika menghasilkan skrip dia turut mengambil kira perwatakan Cinta dan Rangga agar ia bersesuaian dengan latar masa.

Dian Sastrowardoyo.

"AADC2 memperlihatkan Cinta dan Rangga sudah mencapai usia sekitar 28 dan 29 tahun dan perkembangan watak yang dilakukan perlu matang dan berbeza dari naskhah sebelum ini.

"Malah saya turut mengekalkan semua pelakon yang sama tanpa sebarang penambahan atau pertukaran bagi memastikan kesinambungan kisah itu tidak lari," tambahnya.

Sementara itu, Dian pula memberitahu biarpun AADC yang pertama sudah 14 tahun berlalu namun dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengekalkan keserasian bersama Nicholas.

Jelasnya, keserasian dibentuk sebelum ini masih utuh dan tidak sukar ketika memasuki set penggambaran AADC2.

"Saya tidak ada masalah untuk memupuk keserasian walaupun sudah 14 tahun daripada filem pertama.

Nicholas Saputra. 

"Bagi saya dalam lakonan jika kita sudah pernah berlakon bersama atau ada keserasian ia akan kekal sama," ujarnya.

Sementara itu, kira-kira 1,000 peminat berkumpul di perkarangan E@Curve bagi menunggu kemunculan pelakon-pelakon utama filem tersebut dalam sesi ramah mesra yang diadakan di Center Atrium.

Rata-rata peminat filem berkenaan ingin melihat dari dekat wajah pelakon filem popular itu.

Ada Apa Dengan Cinta 2 bakal ditayangkan serentak di Indonesia, Malaysia dan Brunei pada Khamis ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan