APO2016: Hampir 700,000 Undi Diterima, Aktres Terbaik Jadi Tumpuan

Diterbitkan: Selasa, 26 April 2016 12:39 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aktres Terbaik Pilihan Online antara kategori yang mendapat sambutan paling tinggi di kalangan pengundi Anugerah Pilihan Online (APO2016) sejak tempoh pengundian dibuka pada 1 April lalu.

Artis yang tersenarai dalam kategori itu ialah Ayda Jebat, Janna Nick, Mia Ahmad, Mira Filzah dan Zara Zya.

Ini bermakna lima artis berkenaan sedang berentap untuk berada dalam kedudukan tertinggi sebelum diumumkan sebagai pemenang dalam APO2016 yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Berdasarkan kepada pola pengundian, semua artis itu melalui proses yang sengit apabila jumlah undian masing-masing mengekori rapat.

Kedudukan kedua paling tinggi mendapat undian ialah Wanita Anggun Pilihan Dnars yang menyaksikan calon-calonnya ialah Janna Nick, Mia Ahmad, Mira Filzah, Datuk Siti Nurhaliza dan Siti Nordiana.

Mia Ahmad dan Mira Filzah dapat dilihat sebagai calon kesukaan ramai kerana berjaya menempatlkan diri dalam dua kategori berkenaan yang tinggi undiannya.

Mira Filzah semakin menjadi tumpuan.
Namun, pengaruh itu bukan penentu untuk mereka mendapat kemenangan kerana pelbagai jangkaan boleh berlaku sehinggalah undian ditutup pada Rabu ini.

Sementara itu kategori ketiga yang mendapat sambutan ramai ialah Penyampai Radio Pilihan Online membabitkan AG (Kool FM), Fara Fauzana (bekas deejay Hot FM), DJ Lin (Suria FM) Johan (Era FM) dan Radin (Era FM).

Sehingga Isnin, jumlah keseluruhan undian yang diterima hampir 700,000 dan angka itu dijangka meningkat sebaik sahaja tarikh akhir pengundian iaitu Rabu ini.

Dalam pada itu pihak jawatankuasa APO2016 mengumumkan, proses pengiraan undi untuk lima finalis adalah berdasarkan 100 peratus undian peminat di laman web khas yang disediakan.

Sistem pemarkahan yang memperuntukan 30 peratus daripada juri profesional sebelum ini hanya terpakai pada peringkat pencalonan awal sahaja dan tidak kepada peringkat akhir.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Star Media Radio Group, Datuk Dr. Aminuddin Mohd Rouse dalam satu taklimat di sini pada Isnin.

Semua undian akan diaudit oleh juruaudit bertauliah iaitu BDO Governance Advisory.

APO2016 yang akan berlangsung pada Sabtu ini memperuntukan 18 kategori termasuklah kategori utama itu Personaliti Terunggul APO2016.

Ia akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 dari Auditorium Perdana, Angkasapuri pada pukul 9 malam.

Anugerah ini bertemakan Glam Digital dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja utama.
Tags / Kata Kunci: APO2016

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan