Rozi Razak Tulis Puisi Ketika Siti Nurhaliza Berehat Kerana Hamil

Diterbitkan: Ahad, 24 April 2016 5:30 AM

Rozi bersama Siti Nurhaliza.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurus kepada Datuk Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Rozi Abdul Razak mengambil keputusan untuk mengumpulkan naskhah puisi ciptaannya ketika penyanyi itu  berehat sementara kerana hamil pada November lalu.

Rozi yang menggunakan nama penanya Rozi Sang Dewi, 42, berkata, biarpun penulisan berkenaan tertangguh kerana keguguran yang dialami penyanyi itu, namun dia berjaya menghasilkan naskhah puisi tersebut sepenuhnya.

"Sebagai antara orang pertama yang mengetahui tentang kehamilan Siti Nurhaliza, saya tahu dia akan berehat panjang dan daripada situ saya terus merancang untuk menerima perlawaan syarikat penerbitan Selut Press untuk terbitkan naskhah puisi ciptaan saya.

"Saya fikir ini masa paling sesuai untuk saya cari semula karya-karya puisi yang lama dan buat beberapa penambahan puisi baru dan ketika dalam proses itu tiba-tiba Siti keguguran dan kerja-kerja itu terpaksa dihentikan sementara kerana saya mahu fokus memberi perhatian kepadanya.

"Jadi saya minta pihak penerbit beri masa lagi dua minggu untuk saya habiskan 30 peratus yang belum siap, Alhamdulillah semua berjalan lancar hingga hari pelancarannya," ujarnya kepada mStar Online.

Selain Rumah Perasaan, buku puisi Sajak-Sajak Jahanam dan Sajak-Sajak Palsu turut dilancarkan.

Rozi ditemui pada sidang media pelancaran buku puisi Rumah Perasaan diadakan di Kafe Gajah Tiga, di sini, Sabtu.

Majlis tersebut turut melancarkan dua buah buku puisi lain iaitu Sajak-Sajak Palsu dan Sajak-Sajak Jahanam.

Rozi berkata, dia kini dalam perancangan dalam proses untuk menerbitkan buku puisi keduanya berikutan penyanyi tersebut kini sedang berehat sementara daripada industri hiburan tanah air.

Sementara itu, Rozi berkata, dalam naskhah yang memuatkan 116 puisi itu, dia turut mencipta sebuah puisi istimewa tentang Siti Nurhaliza dari sudut pandangannya sendiri.

"Ada sebuah puisi bertajuk Menobatkan Tabah yang saya tulis tentang Siti Nurhaliza dari kaca mata saya sebagai pengurusnya.

"Ramai orang melihat dia sebagai seorang penyanyi tetapi mereka tidak tahu bagaimana beliau menyembunyikan kesedihan yang dilalui. Dia juga manusia biasa seperti kita semua.

"Saya melihat ketabahan beliau berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam industri, beliau tidak pernah membalas kata-kata yang dilemparkan kepadanya," ujarnya.

Sementara itu, Rozi berkata, penerbitan sebuah buku puisi antara salah satu impiannya dan pencapaian untuk dirinya sendiri.

Katanya, Rumah Perasaan merupakan himpunan puisi yang saya hasilkan dalam latar tahun dan usia yang berbeza.

"Saya menulis sejak darjah 5 dan saya tidak pernah berhenti hingga ke usia sekarang. Rumah Perasaan ini mewakili hati dan perasaan semua manusia dan saya satukan semuanya di dalam sebuah buku," ujarnya.

Rozi pernah menuntut di bidang Penulisan Kreatif di Akademi Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan berpengalaman sebagai wartawan di meja am, politik dan hiburan di beberapa syarikat penerbitan sebelum menukar kerjaya sebagai pengurus Siti Nurhaliza pada 1999.
Tags / Kata Kunci: Rozi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan