Nadia Annuar Hidup Sederhana Biarpun Bergelar Jutawan

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 11:37 AM

Nadia Annuar tidak mahu manjakan anak dengan kemewahan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara Nadia Annuar memberitahu dia masih bekerja keras sebagai pengacara Malaysia Hari Ini dan penceramah motivasi biarpun mampu menjalani kehidupan mewah sebagai seorang jutawan.

Nadia, 32, yang juga anak kepada usahawan kosmetik, Pengasas Pravenus Beauty Sdn Bhd, Zaiton Hassan atau lebih dikenali dengan nama Kak Ton, berkata, sejak kecil dia dibesarkan secara sederhana dan tidak terlalu disogok dengan kemewahan.

"Saya bekerja keras seperti orang lain, bangun pukul enam pagi setiap hari untuk ke Sri Pentas mengacarakan program Malaysia Hari Ini dan selepas itu ada kerja-kerja penyiaran lain hingga malam.

"Saya tidak pernah menganggap kehidupan saya sudah selesa dengan apa yang ada ini kerana sejak kecil lagi diajar untuk hidup sederhana," ujarnya kepada mStar Online.

Nadia kini hamil tiga bulan.
Nadia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang statusnya sebagai jutawan dan komitmen kerjayanya sebagai pengacara di stesen televisyen TV3.

Selain itu, Nadia yang kini hamil tiga bulan hasil perkahwinan keduanya November tahun lalu bersama seorang jutawan muda Hafiz Salleh berkata, mahu anak-anaknya juga dibesarkan dengan cara yang sama.

"Begitu juga dengan anak-anak saya nanti, saya tidak mahu mereka terlalu dimanjakan dengan kemewahan dan kalau boleh saya ingin lihat mereka menjadi seperti kanak-kanak lain.

"Malah saya tidak pernah terfikir untuk menghantar mereka ke sekolah antarabangsa kerana bagi saya sekolah kerajaan pun tidak kisah," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang kehidupannya melayari rumah tangga kali kedua, Nadia berkata, dia kini berada dalam fasa bahagia seorang wanita.

Katanya, suaminya turut memahami dan sentiasa menyokong kerjayanya sebagai personaliti televisyen.

"Alhamdulillah, kehidupan saya semakin baik dengan sebuah keluarga dan kami juga bakal menimbang cahaya mata. Saya juga ada seorang anak lelaki hasil perkahwinan pertama dahulu," ujarnya.

Nadia sebelum ini pernah berkahwin dengan Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi dan bercerai pada Oktober 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata Mohamed Aaron Erwin yang kini berusia 7 tahun.
Tags / Kata Kunci: Nadia Annuar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan