Bapa Tegur Black Hanafiah Jangan Berlebih-Lebihan Di TV

Diterbitkan: Jumaat, 22 April 2016 7:17 AM

Black Hanafiah akur nasihat bapanya. Foto SAM THAM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Black Hanafiah memberitahu dia ditegur oleh bapanya agar menjaga tingkah laku dan tidak bersikap berlebih-lebihan ketika muncul di mana-mana program televisyen.

Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 29, berkata, perkara tersebut ia merupakan teguran pertama bapanya sejak tujuh tahun dia bergelar artis.

"Selepas program Mentor Milenia lalu bapa ada telefon saya dan ingin berjumpa, ini pertama kali dia tegur saya secara serius dan memberi nasihat agar saya tidak membodohkan diri lagi seperti dalam program realiti berkenaan.

"Saya sudah jelaskan kepadanya bahawa ia hanya untuk menceriakan program, namun dia tidak mahu saya dikecam oleh penonton," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Khamis.

Black berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran album terbaharunya berjudul Black... Masih Di Sini yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini.

Dia juga berjanji kepada bapanya untuk tidak bersikap demikian dalam mana-mana program pada masa akan datang.

Black (dua dari kanan) bersama Pengarah Urusan Warner Music, Darren Choy (dua dari kiri).

"Sebagai orang tua saya faham perasaan dia bila lihat saya dikritik orang ramai. Dia juga terasa kalau orang kecam kelakuan saya.

"Teruk jugalah saya kena ceramah dalam kereta oleh ayah dan mak sebab perkara itu," ujarnya.

Sementara itu, tentang album Black... Masih Di Sini, ia memuatkan lima buah lagu hit sepanjang tahun 2015.

Lagu tersebut ialah Teman Pengganti, Puisi Sang Dewi, Mana Mungkin, Si Putih Si Merah dan Takkan Terlisah.

"Lima tahun saya menunggu untuk mengumpulkan karya-karya ini dan lima lagu ini merupakan lagu terbaik saya sepanjang tahun 2015.

"Album ini adalah untuk peminat-peminat saya yang berada di kampung-kampung yang lebih gemar membeli album fizikal, selain itu, dalam album ini turut memuatkan bonus karaoke untuk lima lagu tersebut, " ujarnya.

Album ini sudah berada di pasaran dan boleh didapati dengan harga RM29.90 seunit.

Dalam perkembangan lain, Black berkata, dia akan keluar dengan single terbaharu berjudul Anugerah Terindah yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci: Black Hanafiah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan