"Jangan Ciplak Tudung Saya" - Mia Sara

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 6:10 AM

Mia Sara kini mempunyai produk tudung sendiri. FOTO: ART CHEN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon kanak-kanak Mia Sara berharap agar tudung dan jubah bawah jenamanya iaitu MS Couture menjadi sasaran pihak-pihak tertentu untuk tidak menciplak dalam menghasilkan produk tiruan.

Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 11, berkata, produk jenamanya itu dijual dengan harga berpatutan dan tidak berbaloi untuk diciplak bagu tujuan meraih untung.

"Saya selalu terbaca dan tahu tentang produk-produk tudung berhadapan dengan masalah tiruan sehingga memberi kesan kepada peniaga.

"Saya harap sangat mereka tidak tiru tudung saya kerana tudung dan jubah yang saya jual murah dan kalau ada yang tiruan pun sama sahaja harganya," ujarnya kepada mStar Online.


Mia bersama orang kuat MS Couture.

Mia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas pelancaran MS Couture yang diadakan di Hotel Royal, di sini, Selasa.

Pada majlis tersebut Mia memperkenalkan  tiga jenis tudung, jubah dan baju kurung pelbagai warna.

Dalam pada itu, Mia yang sebak ketika berucap di atas pentas berkata, dia terkenangkan sewaktu melalui detik sukar awal pembabitannya dalam bidang perniagaan.

"Saya sedih kerana teringat awal-awal kami menjual tudung ketika itu saya belum berhijrah (memakai tudung) lagi kira-kira pada Januari 2015.

"Masa itu kami ada kedai sendiri, namun ketika iu tudung tidak laku dan nak jual sehelai pun susah.

"Sampailah selepas balik umrah Disember tahun lalu saya terbuka hati untuk bertudung, daripada situ rezeki semakin murah dan Allah tunjuk jalan untuk berniaga," ujarnya.

Mia sebak mengenang kisah awal wujudnya MS Couture.

Tambah Mia, perniagaan tudung berkembang selepas berita tentang dia bertudung pada usia muda mendapat perhatian masyarakat.

Katanya, sehingga kini jualan yang dilakukan menerusi stokis yang dilantik semakin meningkat sehingga tidak dapat menampung permintaan.

Dalam pada itu, bercerita tentang kerjaya lakonan, Mia berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama Strawberry & Karipap.

"Alhamdulillah, masa saya beri kenyataan sudah kurang dapat tawaran berlakon selepas itu banyak pula yang datang.

"Saya pelik juga tawaran yang datang juga tidak minta saya buka tudung dan sesuaikan watak saya menjadi kanak-kanak bertudung," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Mia Sara

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan