Awie Diberi Amaran Tidak Hadir Ke Prosiding Kes Anak

Diterbitkan: Rabu, 20 April 2016 6:30 PM

Awie gagal menghadirkan diri pada prosiding berhubung hak penjagaan sementara anak sulungnya pada Selasa lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi rock terkenal Awie sudah dimaklumkan mengenai tarikh prosiding berhubung hak penjagaan sementara anak-anaknya dengan bekas isteri Rozana Misbun sejak sebulan lalu.

Peguam syarie yang mewakili Rozana, Nor Azmi Mohd Arif berkata, Awie selaku responden kes itu perlu memberi sebab terhadap kegagalannya mematuhi perintah mahkamah membabitkan hak penjagaan Putra Ahmad Merah, 9, yang sepatutnya di bawah jagaan Rozana.

"Tarikh sebutan kes pada Selasa lalu sebenarnya Awie sudah dimaklumkan sejak sebulan lalu namun kegagalannya menghadirkan diri menyebabkan prosiding tertangguh.

"Ia turut memberi kesan kepada plaintif (Rozana) yang mahu kes ini diselesaikan segera," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Bagaimanapun kata Nor Azmi, pihak peguam yang mewakili penyanyi itu ada memaklumkan kepada pihaknya bahawa Awie tidak dapat hadir pada prosiding berkenaan sebelum kes itu didengar pada Selasa lalu.

Malah katanya, ini adalah kali pertama Awie tidak menghadirkan diri pada sebutan kes melibatkan hak penjagaan sementara anak-anak pasangan itu.

Terdahulu, Hakim Syarie, Mohd Amran Mohd Zain memberi amaran kepada Awie berhubung ketidakhadirannya pada prosiding berkenaan dan meminta responden untuk mengemukan dokumen asal daripada syarikat produksi berhubung jadual penggambaran di luar negara.

Malah Awie turut diminta menyerahkan salinan pasport antarabangsanya kepada mahkamah bagi diteliti aktiviti keluar masuk penyanyi itu dari negara ini.

Perintah itu dibuat Mohd Amran selepas mendengar permohonan peguam syarie, Mohd Syafiq Norizan yang mewakili responden agar prosiding berkenaan ditangguhkan kerana Awie masih berada di luar negara kerana sedang menjalani penggambaran filem.

Kes berkenaan ditangguhkan untuk didengar semula pada 17 Mei depan.

Mohd Amran juga memberitahu sekiranya Awie masih gagal hadir pada prosiding akan datang mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Tags / Kata Kunci: Awie , Rozana Misbun

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan