Insiden Pukul, Aweera Ditegah Dekati Bekas Kekasih

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 6:38 AM

Aweera

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi duo dari kumpulan ZiaBella iaitu Shazia menjelaskan dia telah memaafkan bekas kekasihnya iaitu Aweera tetapi bersyarat ekoran kes pukul yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Shazia atau nama sebenarnya Shazia Mohd Rozaini, 23, berkata, dia sebolehnya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini apatah lagi dalam situasi kerjaya seni kumpulan ZiaBella yang masih baru selepas penerbitan single kedua mereka berjudul Unfollow Hatiku.

"Saya sifatkan isu ini sudah selesai apabila saya sendiri sudah memaafkan Aweera bersyarat ketika dia ditahan oleh pihak polis.

"Dalam syarat itu saya tekankan agar dia tidak lagi menghampiri dan mendekati saya sekeluarga dalam apa jua cara sekali pun. Saya juga tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengannya.

"Sembilan tahun bersama, cukuplah saya rasa diperbodohkan dan ini bukan kali pertama saya lalui pengalaman dikasari.

"Sampai pada satu tahap, saya sendiri tidak sanggup lagi nak berhadapan dengan semua ini dan terpaksa akur dengan nasihat keluarga untuk membuat laporan polis demi keselamatan diri,” katanya secara eksklusif kepada mStar Online.

Bercerita lanjut tentang perkara itu, kata Shazia, kelemahannya apabila dia mudah kasihankan orang sehingga masih mahu memaafkan Aweera walaupun beberapa kali melalui pengalaman dikasari.

Shazia (kiri) bersama adiknya iaitu Bella. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan ZiaBella. Foto dari Instagram ZiaBella.

Malah ketika melihat Aweera di balai polis untuk disoal siasat, dia masih fikir apakah tindakannya membuat laporan itu wajar atau sebaliknya.

Perkara itu turut diakui adiknya, Nurul Salsabila atau Bella, 20, yang mengakui sudah penat menasihati kakaknya agar meninggalkan Aweera sehingga pada satu tahap dia tidak mahu lagi mendengar apa-apa luahan hati berhubung masalah percintaan kakaknya itu.

"Kami hanya dua beradik. Perempuan pula tu. Ummi pula seorang ibu tunggal. Jadi sayalah tempat dia nak mengadu sebarang masalah terutama tentang hubungannya dengan Aweera. Jujur saya katakan, saya sendiri sudah penat menasihati dia supaya tinggalkan Aweera.

"Orang luar mungkin tidak tahu bagaimana penderitaan kakak saya. Hatinya cukup lembut. Sebagai adik, siapa yang sanggup lihat kakak sendiri dikasari.

"Sehingga pada satu tahap, saya tidak mahu lagi mendengar apa-apa lagi masalahnya disebabkan perkara yang sama berulang. Sehinggalah laporan polis dibuat, saya dan ibu rasa sangat bersyukur dan berharap semuanya sudah berakhir.

ZiaBella sudah dua tahun bersama label KRU Music dan kini sedang dalam rangka mempromosikan lagu Unfollow Hatiku yang merupakan single kedua mereka.

Lagu Sesuatu Yang Tak Mungkin nyanyian mereka turut menjadi lagu tema untuk drama Cinta Hati Abah.

Tags / Kata Kunci: Aweera , Shazia , ZiaBella

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan