Perkara Biasa Persamaan 'Sembang Teh Tarik Kaw'

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 6:35 AM

Bob Azrai (tengah) bersama Datuk AC Mizal (kanan) antara yang terlibat dalam Sembang Teh Tarik Kaw. FOTO: IBRAHIM MOKHTAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persamaan konsep program terbaharu iaitu Sembang Teh Tarik Kaw dengan beberapa rancangan antarabangsa seperti Tonight Show Starring Jimmy Fallon dan Late Show With James Corden adalah perkara biasa dalam format bual bicara.

Ketua Saluran dan Kandungan Komedi Astro Warna, Bob Azrai Kamaruddin berkata, paling penting adalah pengisian sesuatu program bual bicara itu yang pada akhirnya dapat membezakan sesuatu rancangan.

"Apabila bercakap tentang program bual bicara persamaan yang ada adalah perkara biasa kerana itu adalah asasnya.

"Cuma membezakan sesebuah rancangan dalam format berkenaan adalah pengacara dan pengisian yang ingin diketengahkan bagi menarik perhatian penonton.

"Situasi Sembang Teh Tarik Kaw juga sama dan tidak timbul isu persamaan atau cuba meniru program lain," katanya kepada mStar Online.

Bob Azrai berkata demikian ketika sidang media program berkenaan di Teh Tarik Place di sini, Isnin.

Sembang Teh Tarik Kaw menampilkan Datuk AC Mizal sebagai hos dan akan mula menemui penonton bermula 6 Mei depan, pada setiap Jumaat pukul 10 malam.

Ia disiarkan menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Dalam pada itu, Bob Azrai berkata, program itu adalah kesinambungan daripada rancangan Sembang Teh Tarik namun untuk musim terbaharu ini pelbagai format baharu bersifat dinamik diperkenalkan.

Jelasnya lagi, program 13 episod itu bakal menampilkan barisan selebriti terkenal sebagai tetamu yang bukan sahaja berkongsi tentang kerjaya dan pengalaman hidup tetapi juga pelbagai segmen diwujudkan.

"Jika dahulu AC membuat temubual di dalam kereta antik dan ke kedai minuman tetapi kali ini tetamu akan dibawa ke set khas dan pelbagai aktiviti lain turut diadakan," ujarnya.

Sementara itu, AC berkata, antara segmen baharu bakal diperkenalkan adalah AC-Car-Ok yang bakal memperlihatkan artis jemputan menyanyi bersamanya di dalam kereta.

Selain itu katanya, segmen Wow pula akan membincangkan isu semasa yang hangat diperkatakan di laman sosial dan internet.

"Malah akan ada pelawak-pelawak baharu membuat stand up comedy sebagai platform mereka untuk menyampaikan lawak selain menghiburkan tetamu undangan dan penonton," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sembang Teh Tarik Kaw

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan