"Gila Ke Saya Pakai Seluar Koyak Tapi Bertudung?" - Che Ta

Diterbitkan: Selasa, 19 April 2016 12:34 PM

Rozita enggan layan komen negatif peminat laman sosial.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menegaskan dia memahami apa yang dilakukan selama ini khususnya mengenai cara berpakaian yang sesuai dengan imejnya sebagai seorang wanita bertudung.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 44, berkata, dia enggan mengendahkan kritikan pengguna laman sosial yang sering menegur cara berpakaian dan hanya mencari kesilapannya semata-mata.

"Awak rasa saya dah gila ke nak pakai seluar koyak tapi bertudung? Saya malas hendak jawab tentang perkara ini.

"Apa yang ingin saya tegaskan ialah saya tahu apa yang saya buat... itu yang penting," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Foto yang menerima kritikan di laman Instagram Rozita Che Wan.

Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas dikritik netizen gara-gara satu gambar yang dimuat naik di Instagram pada malam Isnin.

Dalam gambar terbabit kelihatan Rozita memakai seluar jean yang koyak di bahagian lutut sambil memegang sebuah beg tangan.

Foto tersebut menerima 744 komen yang rata-rata memberi nasihat kepadanya dengan 6,060 likes daripada dua juta pengikut di Instagram.

Dalam pada itu,  Rozita, perkara tersebut bukanlah kali pertama dikecam oleh pengguna laman sosial berkaitan isu pemakaian.

"Orang di Instagram itu memang rasa diri mereka suci dan nampak orang lain semua tidak betul.

"Saya ambil pendekatan tidak mahu bertelagah dengan mereka," ujar Rozita yang mengesahkan dia mengenakan legging atau sarung betis sebelum memakai jean koyak berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Che Ta , Rozita Che Wan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan