Tiada Adegan Panas Dalam 'Ombak Rindu Tiada Penghujung'

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2016 5:30 AM

Keith Foo dan Uqasha Senrose bergandingan dalam teater Ombak Rinduk Tiada Berpenghujung. Foto SAMUEL ONG

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang babak 'panas' dalam pementasan teater Ombak Rindu Tiada Penghujung yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 22 hingga 1 Mei ini.

Penerbitnya, Siti Rohayah Atan berkata, teater adaptasi novel ini akan lebih mengetengahkan tentang kisah kekeluargaan, perebutan harta dan kekuatan seorang wanita bangkit dari kegagalan.

"Teater Ombak Rindu tiada babak panas seperti mana yang ditonton dalam filem sebelum ini. Ia banyak berkenaan konflik rumah tangga, kekeluargaan, dan semangat anak muda untuk mencapai kejayaan dalam keadaan mencabar," ujarnya kepada mStar Online.

Siti Rohayah berkata demikian pada majlis pra-tonton dan sidang media teater Ombak Rindu Tiada Penghujung yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya di sini, Jumaat.

Teater terbitan CTRA Production ini turut  menampilkan Uqasha Senrose, Keith Foo, Zarina Zainoordin, Karl Shafek, Izzue Islam, Zaidi Omar, Aris Lufias dan Ameer Forteen.

Keith Foo dan Uqasha Senrose memegang peranan utama dalam teater berkenaan.

Dalam pada itu, Siti Rohayah berkata, Ombak Rindu Tiada Penghujung merupakan naskah novel siri kedua dan ketiga tulisan Fauziah Ashaari.

Tambahnya, Ombak Rindu Tiada Penghujung ini merupakan naskah novel siri kedua dan ketiga tulisan Fauziah Ashaari.

"Saya tidak mahu orang salah faham dan samakan teater ini dengan filem. Apa yang dipentaskan sedikit berbeza kerana ia merupakan naskah kedua dan ketiga.

"Manakala yang difilemkan adalah naskah pertama, ia lebih banyak konflik dan lebih berat dibandingkan filem," ujarnya.

Sementara itu, pelakon utama teater tersebut, Uqasha Senrose berkata, karekter Izzah yang dibawakan sama sekali tidak seperti yang pernah dilakonkan oleh aktres Maya Karin dalam filem berkenaan.

Zarina Zainoordin turut membuat kemunculan dalam Ombak Rindu Tidak Berpenghujung.

Katanya, dia menjiwai dan mengaplikasi karekter tersebut dengan cara tersendiri mengikut kefahamannya tentang watak tersebut.

"Saya tonton filem Ombak Rindu dan lakonan Maya Karin, tapi saya tidak meniru atau terikut-ikut cara dia melakonkankan watak Izzah itu.

"Saya cuba faham dan menyelami perasaan dan apa yang terjadi kepada Izzah menerusi novel yang saya baca itu," ujarnya.

Uqasha berkata, ia lebih mencabar apabila terpaksa membawakan dua watak berbeza iaitu Suri dan Izzah pada pementasan ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan