Kira-Kira 8,000 Tonton Konsert 30 Tahun Ella

Diterbitkan: Ahad, 17 April 2016 3:03 PM

Konsert 30 Tahun Ella

  • 1 of 7
  • Ella 1

    Penyanyi Ella menampilkan persembahan luar biasa bersempena meraikan 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni. Konsert berkenaan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 16 April 2016. Kira-kira 8,000 penonton menyaksikan konsert tersebut. Ella yang tahun ini berusia 50 tahun menampilkan 27 buah lagu. FOTO: EDDIE HELMIE

  • Ella 2

    Penyanyi Ella menampilkan persembahan luar biasa sempena meraikan 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni. Konsert berkenaan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 16 April 2016 yang disaksikan kira-kira 8,000 penonton. Ella yang tahun ini berusia 50 tahun menampilkan 27 buah lagu. Suaminya Azhar Ghazali turut berduet menerusi lagu Mendung Tak Bererti Hujan. FOTO: EDDIE HELMIE

  • Ella 3

    Penyanyi Ella menampilkan persembahan luar biasa sempena meraikan 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni. Konsert berkenaan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 16 April 2016 yang disaksikan kira-kira 8,000 penonton. Ella yang tahun ini berusia 50 tahun menampilkan 27 buah lagu. FOTO: EDDIE HELMIE

  • Ella 4

    Kelihatan Joe dari kumpulan Wings (kiri) dan Man Kidal turut mengiringi persemabhan dalam Konsert Ella 2016 sempena 30 tahun penyanyi itu dalam dunia seni. Konsert berkenaan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 16 April 2016. FOTO: EDDIE HELMIE

  • Ella 5

    Suami Ella iaitu Azhar Ghazali turut menunjukkan bakatnya memetik gitar pada Konsert Ella 2016 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 16 April 2016. FOTO: EDDIE HELMIE

  • Ella 6

    Penyanyi Ella menampilkan persembahan luar biasa sempena meraikan 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni. Konsert berkenaan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 16 April 2016 yang disaksikan kira-kira 8,000 penonton. Ella yang tahun ini berusia 50 tahun menampilkan 27 buah lagu. FOTO: EDDIE HELMIE

  • Ella 7

    Ella bersama mereka yang terlibat dalam konsertnya yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 16 April 2016. Dalam konsert sempena 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni itu, Ella menampilkan 27 buah lagu. FOTO: EDDIE HELMIE

x
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Konsert Ella 2016 bersempena meraikan 30 tahun pembabitan ratu rock itu dalam muzik berlangsung dengan jaya di hadapan lapan ribu peminat di Stadium Malawati di sini, malam Sabtu.

Pada konsert selama tiga jam setengah itu, Ella atau Norzila Aminuddin, 50, tampil dengan 27 lagu antaranya Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Pengemis Cinta, Layar Impian, Tiada Tangis Lagi, Demi, Permata Biru, Bayangan dan Kesal.

Konsert yang diiringi empat pemuzik dan empat penyanyi latar itu diketuai gitaris legenda Man Kidal selaku pengarah muzik.

Ella yang lincah, bertenaga dan manja sepanjang konsert turut menampilkan lima gitaris disegani iaitu Lord, Hillary Ang, Joe Wings, Edrie Hashim dan Kyoji Yamamoto dari Jepun yang mengiringi lagu-lagunya silih berganti.

Terdahulu, tirai konsert dibuka oleh anak saudaranya iaitu Kaka Azraff dengan lagu Bukan Hal Aku dan Standing In The Eyes Of The World.

Ella bersama suaminya, Azhar Ghazali mendendangkan lagu Mendung Tak Bererti Hujan.

Selain Kaka, kumpulan Bunkface turut menghangatkan pembukaan dengan dua lagu iaitu Malam Ini Kita Punya dan Darah Muda.

Ella memulakan persembahan dengan rangkaian lagu rancak iaitu Permata Biru, Justeru dan Bendera Damai.

Penyanyi yang kali terakhir muncul dalam konsert mega kira-kira 10 tahun lalu berduet dengan adiknya, Korie menerusi lagu hit mereka iaitu Pergilah Sayang.

Ella juga sempat berduet dengan suaminya Azhar Ghazali dalam lagu Mendung Tak Bererti Hujan yang pernah dirakamkan bersama penyanyi Indonesia, Deddy Dores pada awal 1990-an.

Ella melabuhkan tirai konsert anjuran Atlas One Events itu dengan lagu keramatnya Gemilang.

Biarpun pada awal kemunculan Ella dilihat seolah-olah agak semput membawakan lagunya namun ia tidak mematahkan semangat peminat beliau untuk menyokong konsert itu.

Man Kidal (kanan) dan Joe (Wings) turut mengiringi persembahan Ella.

Ia turut disaksikan beberapa selebriti tanah air seperti Erra Fazira, Fasha Sandha, Farahdhiya, Datuk Aznil Nawawi dan Jihan Muse.

Bertemakan anti dadah, konsert ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor.

Ella memulakan kerjaya nyanyian bersama kumpulan The Boys pada sekitar 1985 sebelum bergerak sebagai penyanyi solo tiga tahun kemudian.

Ella bermula dengan album solo pertama iaitu Pengemis Cinta yang diterbitkan pada 1989.

Bagaimanapun abum keempatnya iaitu ELLA 30110 (1992) dianggap sebagai album paling berjaya pernah diterbitkan kerana telah mencipta sejarah di Malaysia sebagai album pertama yang mencapai jualan tertinggi dalam masa amat singkat.

Sebagai penghargaan kepada peminat yang menyokong album itu, Ella menghadiahkan konsert solo iaitu Konsert Ella 30110 di Stadium Negara dekat sini dan berjaya menghimpunkan lebih 10,000 penonton.

Suasana dalam stadium ketika konsert berlangsung.
Kejayaan itu sekali gus meletakkan nama Ella sebagai penyanyi wanita popular pada tahun tersebut sehingga diangkat Artis Wanita Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular (Berita Harian) 1993.

Kejayaan Ella disusuli pula dengan pelaburan besar menerusi album Ella USA (1994). Kejayaan Ella USA yang mencapai jualan melebihi 350,000 unit melonjaknya sebagai artis paling berjaya sekitar 1994.

Dia juga pernah dipilih sebagai penyanyi Asia pertama menyanyikan lagu tema Sukan Komanwel pada acara sukan berlangsung pada 1998. Lagu Standing In The Eyes Of The World itu melonjakkan lagi namanya ke tahap lebih tinggi.

Kali terakhir Ella mengadakan konsert adalah pada Julai 2010 di Istana Budaya.

Konsert berskala kecil itu menggabungkannya dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Tags / Kata Kunci: Ella

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan