'Lu Mafia Gua Gangster' Filem Untuk Individu Tertekan

Diterbitkan: Jumaat, 15 April 2016 5:45 AM

Zero tunggak utama filem Lu Mafia Gua Gangster.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Krishna Roy memberitahu filem Lu Mafia Gua Gangster  merupakan filem genre komedi yang dihasilkan khusus untuk menghiburkan orang ramai yang kebanyakannya berada dalam tekanan.

Roy berkata, filem yang dibintangi kumpulan pelawak Zero itu juga tidak mempunyai mesej tertentu sebaliknya mempunyai jalan cerita yang sarat unsur lawak yang mampu membuat penonton terhibur.

"Saya lihat zaman sekarang ramai orang yang berada dalam tekanan, jadi saya fikir untuk hasilkan sebuh filem yang beri orang gembira dan lupakan masalah mereka.

"Bila masuk panggung mereka hanya ketawa tidak perlu tertekan dengan jalan cerita yang berat," ujarnya kepada mStar Online.

Salah satu babak filem Lu Mafia Gua Gangster.

Roy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem Lu Mafia Gua Gangster yang diadakan di e@Curve, di sini, malam Rabu.

Tambah Roy, filem ini juga merupakan filem komedi pertama arahannya dan merupakan filem berbahasa Melayu ketiga buat dirinya.

Sebelum ini, dia turut menerbitkan filem Melayu iaitu Apa Tengok-Tengok, Aku Akan Muncul dan Bayangan Cinta.

"Tidak banyak masalah sepanjang proses penggambaran tahun lalu, semuanya berjalan lancar dan pelakon-pelakon juga beri komitmen dengan baik kepada kami.

"Penggambaran kami lakukan di Johor Baru dan Kuala Lumpur semuanya hanya mengambil masa 28 hari sahaja," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang pemilihan Zero berbanding pelawak-pelawak lain, Roy berkata kumpulan lawak itu antara yang terbaik pernah ditonton.


Jalaluddin Hassan dan Zack Taipan dalam salah satu babak filem ini.

Zero juga kumpulan baharu yang masih boleh dibentuk mengikut aliran cerita yang dikehendakinya.

"Pada awalnya dalam fikiran saya ialah Zizan, namun bila sahaja bukan televisyen saya tertarik dengan lawak-lawak Zero yang tidak dapat dijangka.

"Dari situ kami menghubungi mereka untuk berunding dan selepas itu mereka pula menjuarai program Maharaja Lawak Mega 2014," ujarnya.

Filem yang menelan belanje sebanyak RM1.5 juta ini juga turut dibarisi pelakon popular Datuk Jalaluddin Hassan, Zack Taipan, A Galak, Shira Saad, Zulkifli Ismail, Along Ezyndy, Azlee Senario dan penampilan istimewa Syanie serta Saiful Apek.

Lu Mafia Gua Gangster mengisahkan tentang Atu dan Syaiful yang bekerja di tapak pelupusan sampah milik Sharif di Johor.

Manakala, Jalaluddin dan Zack Taipan adalah gangster besar yang kehilangan sejumlah berlian akibat satu insiden apabila kotak yang menyimpan berlian dihantar ke tempat pembuangan sampah Zero bekerja.

Filem ini akan mula ditayangkan pada 21 April 2016 di seluruh pawagam tanah air.
Tags / Kata Kunci: Lu Mafia Gua Gangster

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan