Lemah Membaca Punca Salah Faham Kontrak - Kumpulan Zero

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 1:53 PM

Zero bakal kelaur dengan filem 'Lu Mafia Gua Gangster'.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Zero mengakui kelemahan mereka dalam membaca dan menulis menjadi penyebab kepada salah faham berhubung tawaran daripada sebuah syarikat penerbitan filem.

Salah seorang anggotanya, Atu atau nama sebenarnya, Sharid Kunal Bin Doli Sharif, 24, berkata, akibat kelemahan itu mereka tidak membaca secara terperinci butiran yang terkandung dalam sesuatu perjanjian yang dibuat kepada mereka.

"Kami akui kelehaman tidak membaca dan menulis terutamanya jika dokumen tersebut dalam bahasa Inggeris membuatkan kami sukar memahami dan hanya menurunkan tandatangan sahaja.

"Namun, berkaitan dengan hal kontrak filem itu, kami difahamkan tentang perjanjian itu oleh pihak terbabit bahawa ia hanyalah surat tawaran dan bukan kontrak sebelum kami menurunkan tandatangan," ujarnya kepada mStar Online.

Zero menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014.


Zero berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kononnya mereka telah melanggar kontrak dengan sebuah syarikat penerbitan filem tahun lalu selepas menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014.

Kumpulan Zero turut dianggotai oleh Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful) dan Sharif Kadir Doli Sharif (Sharif).

Bagaimanapun, Atu berkata, dia pasti perjanjian yang ditandatangani itu bukanlah sebuah kontrak yang boleh mendakwa mereka di mahkamah.

"Salah faham itu berlaku selepas pihak tersebut meminta kami tandatangan dan memuatkan surat dan wajah kami di laman sosial mereka. Ia mungkin disalah tafsir oleh orang luar bahawa kami sudah buat perjanjian dengan syarikat itu dan hanya akan berlakon dengan penerbitan mereka.

"Walaupun  kami tidak faham tentang isi surat itu tapi kami diberitahu ia bukan melibatkan perjanjian kontrak. Saya juga sudah hubungi syarikat tersebut bagi menjelaskan situasi yang berlaku," ujarnya.

Dalam pada itu, Atu yang baharu berkahwin dengan Shafeeqa Johari, 30, pada 8 Februari lalu berkata, isterinya kini bertanggungjawab sebagai pengurus mereka terutama dalam hal melibatkan kontrak.

"Sekarang semua urusan itu dibuat oleh isteri saya yang juga pengurus kami kerana dia faham dan boleh bercakap bahasa Inggeris dengan baik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zero bakal keluar dengan filem pertama mereka berjudul Lu Mafia Gua Gangster mula ditayangkan pada 21 April ini di seluruh pawagam di Malaysia.

Filem tersebut turut membariskan pelakon terkenal Datuk Jalaluddin Hassan, Saiful Apek dan Zack Taipan.
Tags / Kata Kunci: Zero

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan