Representasi Awie Kaji Pertuduhan Cedera Rozana Misbun Ditolak

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 4:18 PM

Jabatan Peguam Negara menolak representasi penyanyi rock Awie supaya mengkaji semula pertuduhan ke atas beliau menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Rozana Misbun.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara menolak representasi penyanyi rock Awie supaya mengkaji semula pertuduhan ke atas beliau iaitu menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Rozana Misbun.

Timbalan Pendakwa Raya Zikri Jaafar memberitahu keputusan jabatan itu ketika kes disebut di hadapan Majistret Husna Dzulkifly pada Khamis.

Sehubungan itu mahkamah mengekalkan tarikh perbicaraan iaitu pada 10 dan 11 Mei ini.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, yang diwakili peguam Hazman Harun mengemukakan representasi berkenaan pada 18 Mac lepas.

Pada 15 Feb lalu, Awie yang juga bapa kepada lima anak itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap bekas isterinya, Rozana Misbun, 38, di kaunter PNB Jalan Tun Razak, di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda RM4,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Majistret Ampang melepas dan membebaskan Awie daripada pertuduhan mencederakan Rozana di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang selepas mereka bersetuju kes itu diselesaikan dengan cara membayar kompaun RM10,000 dan permohonan maaf secara terbuka daripada pihak Awie.

Tags / Kata Kunci: Awie , Rozana Misbun

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan