Jihan Muse & Shuk Balas Muka Baru 'Lawak Ke Der'

Diterbitkan: Khamis, 14 April 2016 5:30 AM

Jihan Muse

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelawak Jihan Muse dan Shuk Balas dipilih sebagai muka baharu yang  bakal menyerikan pementasan Lawak Ker Der 2016 Live Di Istana Budaya pada 5 hingga 8 Mei depan.

Penerbitnya, Datuk Hans Isaac berkata, pemilihan dibuat berdasarkan reputasi kedua-dua pelawak tersebut dan maklum balas orang ramai yang mahu melihat mereka dalam pementasan kali ini.

"Bukan senang untuk mencari pelawak yang betul-betul sesuai dengan konsep Lawak Ker Der, biasanya kami buat kajian dengan bertanya orang ramai pelawak yang mereka minati.

"Selepas itu, saya perlu kaji pula bagaimana dia melawak dan adakah sesuai atau tidak dengan program kami ini. Akhirnya kali ini kita beri peluang kepada Jihan dan Shuk Balas pula," ujarnya kepada mStar Online.

Hans berkata demikian pada sidang media pementasan Lawak Ke Der 2016 Live Di Istana Budaya yang diadakan di Bilik Nilam Sari, di sini Rabu.

Hans Isaac (kanan) bersama para pelakon Lawak Ker Der.

Pementasan kali ke lima ini turut dibarisi pelawak terkenal seperti Harith Iskander, Afdlin Shauki, Douglas Lim, Nabil Ahmad, Kumpulan Bocey, Sherry Al Hadad dan Rayza Mukmin.

Dalam pada itu, Hans turut menjanjikan persembahan yang berkualiti dan segar daripada pelawak-pelawak berkenaan.

"Seperti tahun-tahun sebelumnya saya mahukan lawak-lawak yang segar daripada mereka, iaitu tidak pernah dipersembahkan di mana-mana program atau siaran televisyen.

"Perkara ini saya selalu ingatkan kepada pelawak-pelawak yang terlibat daripada dahulu lagi," ujarnya.

Selain itu, dia juga akan memastikan lawak-lawak yang dipersembahkan nanti tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Katanya, perkara tersebut akan dipantau setiap kali latihan dan persembahan hari pertama itu nanti.

"Saya sudah beri garis panduan apa yang boleh dan tidak boleh disentuh contohnya tentang agama atau kecacatan orang lain.

"Saya akan pantau lawak mereka dan lihat bagaimana persembahan hari pertama nanti, jika ada yang melanggarnya saya akan beri teguran," ujarnya.

Tiket boleh didapati dengan harga RM48, RM88, RM118, RM168, dan RM188 di www.airasiaredtix.com atau di kaunter Box Office Istana Budaya.

Tags / Kata Kunci: Hans Isaac , Lawak Ker Der

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan