Ibu Alah Di Mekah Petanda Shira & Sakinah Hamil Serentak

Diterbitkan: Rabu, 13 April 2016 7:00 AM

Shira bersama suaminya, Ijoy ketika mengerjakan umrah pada Februari lalu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Shahira atau Shira tidak menyangka keadaan ibunya, Sharifah Zubaidah yang mengalami alahan dan meloya sepanjang mengerjakan umrah di Mekah pada Februari lalu memberi petanda dia dan adiknya, aktres Sharifah Sakinah akan hamil serentak.

Shira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 41, berkata, pada awalnya dia berasa pelik dengan keadaan ibunya namun alahan tersebut hilang serta merta selepas pulang ke Malaysia.

"Selepas beberapa minggu pulang ke Malaysia saya hamil dan begitu juga Sakinah. Rupa-rupanya apa yang dialami oleh ibu kami ketika berada di Mekah adalah petanda dia akan mendapat dua cucu sekali gus.

"Bagaimanapun tiada rezeki ibu kami untuk menyambut dua cucu kerana Sakinah mengalami keguguran baru-baru ini," katanya kepada mStar Online.

Shira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Koleksi Royal Ryanna Avon Home di Hotel PNB Darby Park di sini, Selasa.

Hasil perkahwinan Shira dengan pelakon Zulkifli Azhari atau Ijoy, 41 mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Airell, 12, Airra, 9, dan Auddra, 7.

Shira bersama rakan artis seperti Haiza, Shahrul Shiro, Sharifah Sakinah pada majlis pelancaran koleksi Royal Ryanna Avon Home pada Selasa. 

Manakala Shira turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Allisya, 17, bersama bekas suami iaitu Jatt (Black Dog Bone).

Dalam pada itu, Shira berkata, meskipun hamil anak kelimanya itu pada usia 40-an namun dia tidak berasa ia sesuatu yang pelik kerana ibu dan neneknya juga pernah mengandung pada usia berkenaan.

Malah katanya, dia juga ada meminta tip daripada ibunya selain mengikut nasihat doktor bagi memastikan dia sentiasa berada dalam keadaan baik sepanjang kehamilan itu.

"Ibu saya ketika mengandungkan Sakinah usianya sama dengan saya sekarang dan rasanya ia seperti satu kebiasaan dalam keluarga kami.

"Jangan hairan satu hari nanti sekiranya Sakinah juga masih mengandung pada usia 40-an.

"Bagaimanapun kehamilan kali ini tidak banyak beza seperti sebelum ini cuma saya jadi cepat letih dan malas," ujarnya.

Tambah Shira lagi, doktor juga menghalangnya daripada mengambil makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi kerana bimbang dia akan terkena penyakit diabetes ketika hamil.

"Tetapi maklum sahaja tekak orang Melayu saya makan juga tetapi dalam kuantiti yang sedikit," katanya.

Bercakap mengenai karier seninya, Shira berkata, dia sudah lama tidak menerima tawaran lakonan daripada mana-mana produksi dan tidak mengetahui punca sebenar situasi berkenaan.

Kata Shira, disebabkan perkara itu dia kini lebih banyak memberi tumpuan kepada tugas sebagai pengacara majlis-majlis korporat dan perkahwinan.

"Sudah agak lama sebenarnya saya tidak terima tawaran berlakon mahupun undangan sebagai pengacara program televisyen dan pelik juga kenapa tiada tawaran.

"Tetapi Alhamdulillah rezeki untuk majlis korporat dan perkahwinan cukup banyak dan fokus saya banyak ke arah itu sekarang," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Sharifah Shahirah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan