"Keputusan Mahkamah Bukti Saya Tak Salah" - Ezany Nizariff

Diterbitkan: Selasa, 12 April 2016 5:30 AM

Ezany Nazariff akan tetap menceraikan isterinya, Lizda Nuryanti Abidin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ezany Nizariff menganggap keputusan mahkamah berhubung permohonan nusyuz (perintah kembali taat) terhadap isterinya Lizda Nuryanti Abidin yang berpihak kepadanya sebagai bukti dia bukan punca kemelut rumah tangga mereka seperti mana didakwa wanita berkenaan.

Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 43, berkata, Lizda jelas telah menipu menerusi kenyataannya kepada media sebelum ini tambahan pula isterinya itu tidak pernah menghadiri ke mahkamah bagi menyelesaikan kemelut di antara mereka.

"Jika dia berada di pihak benar sepatutnya dia hadir ke mahkamah ketika diminta berbuat demikian bagi mempertahankan diri tetapi dia tidak pernah sekali pun muncul.

"Sebaliknya dia membuka aib kepada media dan sepatutnya dia beritahu kepada hakim apa sahaja dia rasakan tidak betul tentang rumah tangga kami dan biar hakim membuat keputusan.

"Keputusan dibuat mahkamah membuatkan saya lega kerana ia kemenangan besar buat saya selepas dituduh dengan pelbagai dakwaan tidak benar menerusi kenyataannya di media," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, pada Isnin, Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini mensabitkan Lizda sebagai nusyuz dan keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Mohd Azlan Mohd Azhar selepas membenarkan permohonan di bawah Seksyen 61 (3)(b)(1)(i) Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 yang dibuat Ezany selaku plaintif terhadap isterinya pada 22 Julai 2014.

Dalam pada itu, Ezany berkata, dia tidak pernah terfikir untuk kembali berbaik dengan Lizda sebaliknya keputusan mahkamah itu menjadi titik tolak kepadanya untuk berpisah dengan isterinya itu.


Lizda Nuryanti Abidin.

Jelas Ezany, dengan tersabitnya nusyuz terhadap Lizda dia mempunyai sebab kukuh untuk menceraikan wanita berkenaan meskipun dia pernah menolak untuk bercerai secara baik sebelum ini.

"Saya tolak permohonan cerai dibuat Lizda sebelum ini kerana saya tiada sebab kukuh mengapa hendak ceraikan dia tetapi sekarang saya mempunyai sebab untuk berbuat demikian.

"Tetapi buat masa ini saya belum fikirkan soal itu dan akan merujuk dengan peguam terlebih dahulu berhubung langkah seterusnya," katanya.

Malah dia akan berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan kekal dua anak mereka yang kini bawah jagaan Lizda dan memberitahu sudah hampir dua tahun tidak bertemu mereka.

"Kes hak penjagaan anak masih lagi berjalan di mahkamah dan berharap dapat bertemu dengan mereka tidak lama lagi," katanya.

Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 43, mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada Julai 2014.

Ezany ketika itu memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari.

Lizda dalam satu kenyataan kepada mStar Online pada 29 Disember tahun lalu  mendakwa semua cerita mengatakan dirinya curang dan durhaka hanyalah rekaan suaminya itu.

Katanya lebih setahun dia menanggung malu diaibkan suami sendiri kononnya dia lari dari rumah kerana mengikut lelaki lain dan tergamak meninggalkan anak-anak namun cerita itu adalah bohong semata-mata.

Malah ujar Lizda, sejak tiga tahun lalu mereka sudah berpisah bilik selepas Ezany sendiri didakwanya berlaku curang serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Pasangan itu berkahwin pada pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak iaitu HaydenHarraz yang berusia 3 tahun dan Rayyan Harraz (5 tahun).

Tags / Kata Kunci: Ezany Nazariff , Lizda Nuryanti

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan