"Ia Perbuatan Fitnah & Hasad Dengki" - Awie

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2016 5:40 AM

Awie menganggap berita tentang kematiannya yang tersebar sebagai perbuatan fitnah dan hasad dengki manusia terhadapnya. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Awie menyifatkan penyebaran berita kononnya dia meninggal dunia pada Sabtu lalu sebagai perbuatan fitnah dan hasad dengki manusia terhadapnya.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, dia berharap peminat tidak mudah terpedaya mengenai laporan berkenaan kerana dia kini berada dalam keadaan sihat.

"Jangan mudah terpedaya dengan berita berkenaan dan saya minta peminat mendoakan kesejahteraan saya semoga terlindung dari fitnah dan hasad dengki manusia," katanya.

Awie yang kini berada di Phuket, Thailand bagi menjalani penggambaran filem Bikers Kental 2 membuat penjelasan itu menerusi rakaman video dan ia dimuatnaik menerusi laman sosial Facebook dan Instagram miliknya pada malam Sabtu lalu.

Berita mengatakan vokalis kumpulan Wings itu meninggal dunia menjadi viral di laman sosial dan ia bukan kali pertama Awie difitnah sedemikian rupa.

Sebelum ini, berita kematian penyanyi itu menjadi kecoh apabila ada sesetengah pihak memanipulasi laporan mengenai seorang lelaki yang turut dikenali sebagai 'Awie Lahad Datu' meninggal dunia akibat kemalangan pada November 2013.

Dalam pada itu, Awie dalam video sama memberitahu dia kini sedang sibuk dengan penggambaran filem Bikers Kental 2 dan sudah tiga minggu berada di Phuket, Thailand.

Ia diarahkan oleh Helmi Yusof dan turut menggandingkan Awie dengan Zizan Razak.

Tags / Kata Kunci: Awie , Bikers Kental 2

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan