'Showdown The Movie' Bukan Hanya Untuk Peminat Hip Hop

Diterbitkan: Ahad, 10 April 2016 5:00 AM

Khairil harap filem Showdown The Movie ditonton semua peringkat umur.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Khairil M. Bahar berkata filem Showdown The Movie bukan hanya untuk peminat-peminat aliran hip-hop, sebaliknya lebih memaparkan tentang kesenian tarian.

Khairil berkata, dia yakin filem berkenaan dapat menarik penonton daripada semua golongan dan peringkat umur berikutan mesej utama yang ingin disampaikan adalah tentang semangat setia kawan.

"Ia bukan hanya untuk remaja atau peminat aliran hip-hop tapi sebenarnya untuk semua golongan kerana ia adalah hiburan.

"Ramai orang yang berminat menonton filem tentang tarian dan filem ini turut mneyelitkan beberapa mesej yang berguna kepada masyarakat," ujarnya.

Khairil berkata demikian ketika ditemui pada majlis pratonton media filem Showdown The Movie yang diadakan baru-baru ini.

Barisan pelakon filem Showdown The Movie.

Sementara itu, ditanya tentang pengambilan masa yang lama iaitu kira-kira tiga tahun untuk ditayangkan, Khairil mengaku ia mengikut prosuder tapisan yang panjang. 

"Ia bukan kerana filem ini tertangguh atau berhadapan masalah ketika penggambaran kerana kita sudah selesai penggambaran tiga tahun lalu.

"Namun ia ada sedikit kelewatan di bahagian Lembaga Penapis Filem (LPF) yang membuatkan kami tertangguh dan lambat menunggu tempoh tayangan," ujarnya.

Dalam pada itu ditanya tentang barisan pelakon utama yang kurang popular, Khairil akui agak sukar untuk mencari pelakon yang benar-benar boleh berlakon dan menari dengan baik.

Katanya, kebanyakkan pelakon juga mempunyai komitmen terhadap penggambaran lain yang padat dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk latihan tarian.

"Pelakon utama Reza Hasbi kita pilih last minute kerana beberapa ramai pelakon yang ditawarkan tidak dapat buat watak itu kerana tidak boleh menari dan jadual penuh.

"Nasib baik juga dia ada pengalaman menari dan boleh berlakon dengan baik, bagi Iedil Putra pula dia terlalu banyak komitmen lain ketika itu dan tidak banyak masa untuk beri komitmen sebagai watak utama," ujarnya.

Filem Showdown The Movie bakal ditayangkan bermula Khamis lalu.

Filem ini merupakan adaptasi daripada rancangan realiti pertandingan tarian,Showdown yang pernah merangkul beberapa anugerah dan jumlah penonton yang tinggi.

Antara pelakon yang turut terlibat ialah Reza Hasbi, Izara Aishah, Iedil Putra, Azad Jazmin, Ammar Alfian, Maria Farida, Esma Daniel dan Jehan Shukri.


Tags / Kata Kunci: Showdown The Movie

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan